Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Ring Malaysia

Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099

Diterbitkan April 9, 2025 ยท Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amalina Athman

Samsung kini mengumumkan kehadiran Galaxy Ring untuk pasaran Malaysia, yang akan dijual di seluruh negara bermula hari ini, 9 April 2025.

Galaxy Ring Malaysia_3

Galaxy Ring ialah peranti boleh pakai inovatif yang menumpukan kepada kesihatan. Peranti ini boleh diintegrasi dengan Samsung Helath bagi menawarkan analisis masa nyata serta cadangan kesihatan yang diperibadikan.

Galaxy Ring Malaysia_4

Menerusi teknologi Galaxy AI, data berkaitan tidur, aktiviti harian dan kadar degupan jantung boleh ditukar kepada panduan yang membantu pengguna mengoptimumkan kesihatan dengan lebih mudah dan berkesan.

Ditawarkan dalam pilihan saiz 5 hingga 15, Galaxy Ring direka untuk memberikan keselesaan dan kesesuaian yang optimum kepada setiap pemakai. Setiap Galaxy Ring didatangkan dengan bekas pengecas lut sinar yang dilengkapi pencahayaan LED.

Galaxy Ring Malaysia_5
Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099
Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099

Antara lainnya termasuk ketahanan air sehingga 10 ATM serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 7 hari.

Galaxy Ring ditawarkan pada harga RM2,099 dan hadir dalam tiga pilihan warna eksklusif – Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold.

Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099
Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099
Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099

Untuk tempoh terhad, dari 9 April hingga 30 April 2025, Samsung Malaysia menawarkan peluang eksklusif kepada pengguna terpilih siri Galaxy Z dan Galaxy S untuk membeli satu unit Galaxy Ring.

Bagi mengetahui butiran lanjut mengenai Galaxy Ring, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Samsung Perkenal Saiz Baharu Galaxy Ring, Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tahun Ini
  • Samsung Galaxy A56, A36, A26 Dijual Pada Harga Bermula RM1,199 Di Malaysia
  • Samsung Galaxy S25 Edge Mungkin Dilancar Mei Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY