Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 17 pro

DXOMARK: Ini 10 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Setakat Januari 2026

Diterbitkan Februari 24, 2026 · Dikemas kini Februari 24, 2026 oleh ariff bukhari

Senarai terkini: Telefon Terbaik Untuk Kamera, disusun oleh editor Wiser dengan harga semasa di Malaysia.

Jika anda mencari telefon pintar terkini dengan kamera menjadi faktor utama pembelian anda, ini adalah 10 model telefon pintar dengan kamera terbaik menurut DXOMARK.

DXOMARK menobatkan Huawei Pura 80 Ultra di tempat pertama carta mereka dengan markah keseluruhan bagi kamera 175 mata.

huawei pura 80 ultra
Huawei Pura 80 Ultra menerima skor tertinggi bagi foto iaitu 180 mata.

Di tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dikuasai oleh Vivo X300 Pro (171) dan Oppo Find X8 Ultra (168) yang diikuti rapat oleh Apple iPhone 17 Pro yang unggul dalam rakaman video dengan skor tertinggi 172 bagi video.

Di tangga kelima, DXOMARK memuji kamera Vivo X200 Ultra untuk prestasi autofokus dalam pelbagai keadaan dan pengekalan perincian yang mengagumkan merentasi  semua tahap zum.

iPhone 17 Pro_Apple
Apple iPhone 17 Pro meneruskan penguasaan Apple dalam kategori rakaman video terbaik bagi telefon pintar.

Seterusnya adalah Oppo Find X9 Pro dan Xiaomi 17 Ultra yang berkongsi kedudukan keenam dengan skor keseluruhan yang sama, 166.

Honor Magic8 Pro dan Motorola Signature pula sama-sama berada di kedudukan kelapan selepas merekodkan skor yang sama (164).

Melengkapkan senarai 10 teratas ialah Google Pixel 10 Pro XL serta Huawei Pura 70 Ultra dengan 163 mata.

Kesimpulannya, pilihan kamera terbaik kini sangat pelbagai, dari Huawei hinggalah Google, setiap jenama menawarkan kelebihan tersendiri.

Pengguna boleh memilih mengikut keutamaan sama ada foto, video, zoom atau rakaman malam.

DXOMARK: Ini 10 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Setakat Januari 2026

Berkaitan

  • Berlakon Di Depan Kamera IMAX Seperti "Blender Di Muka Anda" - Matt Damon
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Snapseed Untuk iPhone Kini Ada Kamera Sendiri, Lengkap Dengan Kawalan 'Pro'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY