Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Berlakon Di Depan Kamera IMAX Seperti “Blender Di Muka Anda” – Matt Damon

Posted on Januari 14, 2026Januari 14, 2026

Kamera IMAX (Image Maximum) sememang teknologi kamera termaju di mana ia adalah kamera filem beresolusi ultra tinggi yang direka untuk merakam imej pada filem 70mm atau sensor digital yang besar.

Ia berupayan menghasilkan kejelasan, perincian dan visual yang tiada tandingan untuk skrin pawagam IMAX gergasi.

Kamera IMAX jarang ditemui dengan hanya kira-kira 8 kamera filem IMAX sahaja wujud di seluruh dunia dan ia dianggap sebagai “standard emas” dalam pembikinan filem.

Skrin IMAX jauh lebih besar berbanding pawagam biasa, dengan sesetengahnya mencecah sehingga 90 kaki lebar dan 70 kaki tinggi. Ia menggunakan teknologi definisi tinggi untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih imersif kepada penonton.

Pengalaman berlakon di depan kamera itu pula lain ceritanya

Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang pelakon popular Hollywood bernama Matt Damon yang dilapor menceritakan pengalaman unik ketika penggambaran The Odyssey yang dirakam menggunakan kamera IMAX 15 70mm, arahan pengarah tersohor, Christopher Nolan (Tenet, Oppenheimer, Interstellar).

Christopher Nolan bersama filem 70mm yang diguna pada kamera IMAX. Beliau merupakan penyokong lantang format filem IMAX 70 mm, dan telah bekerjasama dengan syarikat itu sejak pertengahan tahun 2000-an lagi.
Kamera IMAX 70mm ketika penggambaran filem Oppenheimer.
Tahukah anda bahawa kos bagi filem 65mm yang diguna untuk penggambaran filem boleh mencecah harga USD2,000/minit (~RM8,100/minit).

Matt Damon menggambarkan bunyi kamera itu seperti “blender di muka anda” (merujuk mesin pengisar makanan) kerana mekanisme gulungan filem yang besar dan pantas dari kamera itu menghasilkan bunyi kuat.

Situasi ini menyukarkan rakaman dialog secara langsung, memaksa pasukan produksi bergantung pada kerja bunyi pasca-produksi.

Malah, penggunaan kamera IMAX secara pegang menambah lagi  intensiti bunyi kerana ia lebih dekat dengan pelakon.

Walaupun generasi baharu kamera IMAX cuba mengurangkan berat dan meningkatkan kebolehgunaan, masalah bunyi masih tidak dapat dielakkan.

Namun, Christopher Nolan tetap memilih IMAX kerana visualnya yang menakjubkan di layar besar, walaupun berdepan cabaran berat seperti kamera yang bising, saiz besar dan berat sehingga menyebabkan proses penggambaran yang lebih perlahan.

Filem terbaru arahan Christopher Nolan, The Odyssey akan mula ditayangkan di pawagam dengan format IMAX bermula 17 Julai 2026 akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress