Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy a16 5G

Samsung Galaxy A16 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini Samsung telah melancarkan Galaxy terbaharunya iaitu Samsung Galaxy A16 5G di pasaran Eropah. Kini peranti siri A baharu tersebut sudah tersedia di pasaran Malaysia.

Galaxy A16 5G dilengkapi skrin Super AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan sehingga 800 nits. Paparan ini mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (385 ppi), memberikan pengalaman visual yang jernih dan terang untuk video, permainan, dan media sosial.

Dikuasakan cip yang mungkin Exynos 1330 atau Mediatek Dimensity 6300, ia menawarkan sokongan kemas kini OS Android dan juga keselamatan sehingga 6 tahun.

Screenshot 2024-11-06 110938

Galaxy A16 5G menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP, dan lensa makro 2MP, lengkap dengan ciri panorama dan HDR. Kamera hadapan 13MP sesuai untuk swafoto, dengan rakaman video 1080p dan 30fps.

Peranti ini juga ada penarafan IP54, memberikan ketahanan terhadap debu dan percikan air.

Samsung Galaxy A16 5G Akan Tiba Di Malaysia, Sokong Kemas Kini Sehingga 6 Tahun

Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh dan pengecasan pantas 25W, Galaxy A16 5G menyediakan jangka hayat yang tahan lama, membolehkan anda kekal produktif sepanjang hari.

Untitled design (38)

Dengan ketebalan hanya 7.9mm, Samsung Galaxy A16 5G tersedia dalam warna Blue Black, Gold dan Light Green. Bagi berminat, Galaxy A16 5G  ini ditawarkan pada harga RM899. Bagi pelan ansuran, peranti ini boleh didapatkan serendah RM24.97 sebulan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Samsung Galaxy S25 Dijangka Lancar Pada 23 Januari
  • Telefon Pixel Kini Boleh Kenal Pasti Aplikasi Berbahaya
  • Skuter Elektrik Dengan Panel Solar Ini Akan Dijual Pada Harga ~RM22,372
  • Siri vivo X200 Tiba Di Malaysia Pada 19 November 

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY