Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Didapati Sasar Pengguna Yang ‘Google’ Spesis Kucing Ini

Penggodam Didapati Sasar Pengguna Yang ‘Google’ Spesis Kucing Ini

Diterbitkan November 15, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh ariff bukhari

Internet penuh dengan kucing, jadi nampaknya penggodam menggunakan laman web kucing palsu untuk “menyampaikan” perisian hasad.

Dalam kes ini, penggodam didapati mencari mangsa mereka dengan cara menyasarkan pengguna yang membuat carian khusus ke atas kucing Bengal.

Ia selepas penyelidik keselamatan dari Sophos mendedahkan penemuan pelaku ancaman GootLoader yang menggunakan hasil carian untuk carian maklumat tentang kucing Bengal.

Malah, geografi tertentu juga digunakan untuk menghantar muatan tersebut menerusi carian “Adakah Kucing Bengal sah di Australia?” yang turut mengeksploitasi SEO.

Sophos telah mengenal pasti bahawa pengguna yang mengklik pada pautan penipuan hasil dari carian tersebut berisiko memuat turun program yang dikenali sebagai Gootloader.

Siasatan Sophos, mendedahkan perisian hasad ini menggunakan SEO melalui forum dalam talian yang mudah diakses dan ditemui melalui carian Google, yang dimulakan oleh pengguna untuk carian ‘Adakah anda memerlukan lesen untuk memiliki kucing Bengal di Australia’.

Penyelidik Sophos menyatakan, GootLoader ialah salah satu daripada beberapa operasi penghantaran perisian hasad sebagai perkhidmatan yang banyak memanipulasikan hasil carian sebagai cara untuk mencapai mangsa mereka.

Tapi teknik seperti ini bukan sesuatu yang baharu kerana GootLoader telah melakukan perkara sebegini sekurang-kurangnya sejak 2020 lagi.

“Penggunaan pengoptimuman enjin carian, dan penyalahgunaan pengiklanan enjin carian bertujuan memikat sasaran untuk memuat turun pemuat perisian hasad dan penitis (dropper), bukanlah sesuatu yang baharu” Penyelidik keselamatan Sophos.

GootLoader menyusup masuk ke komputer pengguna dan membolehkan penggodam mencuri maklumat peribadi atau mengunci pengguna daripada sistem mereka sama sekali.

Pendedahan Sophos ini menyerlahkan keperluan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna internet dan menggariskan kepentingan mengesahkan pautan sebelum klik pada sesuatu pautan.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Letusan Gunung Berapi Lewotobi Jejaskan Sejumlah Penerbangan AirAsia
  • Skuter Elektrik Dengan Panel Solar Ini Akan Dijual Pada Harga ~RM22,372

Sumber: Sophos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY