Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Boomslang 20th Anniversary – Terhad 1,337 Unit Seluruh Dunia, Harga RM5,969

Razer Boomslang 20th Anniversary – Terhad 1,337 Unit Seluruh Dunia, Harga RM5,969

Diterbitkan Februari 11, 2026 oleh Amalina Athman

Razer kini melancarkan semula tetikus permainan ikoniknya, Boomslang, menerusi edisi khas ulang tahun ke-20.

Mengimbas kembali, versi asal yang dikenali sebagai Kärna Razer Boomslang diperkenalkan sekitar 25 tahun lalu, ketika aksesori khusus permainan PC masih belum tersedia secara meluas. Antara ciri utama ketika itu ialah roda encoder yang menawarkan penjejakan lebih tepat berbanding tetikus biasa.

Razer Boomslang 20th Anniversary – Terhad 1,337 Unit Seluruh Dunia, Harga RM5,969

Bagi edisi ulang tahun ke-20 ini, Razer mengekalkan reka bentuk simetri yang sesuai untuk pengguna tangan kanan dan kidal. Dari segi spesifikasi, ia kini dilengkapi sensor optikal 45,000 DPI, sambungan tanpa wayar dengan kadar polling 8,000Hz, serta pengecas tanpa wayar Razer Mouse Dock Pro.

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition_5
Razer Boomslang 20th Anniversary Edition_2
Razer Boomslang 20th Anniversary Edition_3
Razer Boomslang 20th Anniversary Edition_4

Ia juga dimuatkan pencahayaan RGB 9 zon di bahagian bawah yang boleh diselaraskan dengan lebih 300 permainan, satu ciri yang sinonim dengan jenama Razer.

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition dihasilkan dalam jumlah terhad, iaitu hanya 1,337 unit tersedia di seluruh dunia dengan harga $1,337 seunit. Setiap unit juga mempunyai nombor siri tersendiri dan disertakan dengan bingkai paparan LED khas sebagai koleksi.

Di laman web Razer Malaysia, harganya ditetapkan pada RM5,969.

Razer Boomslang 20th Anniversary Edition_1

Menurut kemas kini terbaru Razer, prapesan untuk dua fasa awal telah pun habis terjual. Satu lagi fasa dibuka pada 11 Februari jam 8 pagi CET, menjadikan baki unit semakin terhad.

The Razer Boomslang 20th Anniversary Edition is running out fast — pre-orders for the first two regional drops are already sold out.

One final opportunity remains on Feb 11 at 8AM CET. https://t.co/MsNekkgo0I

— R Λ Z Ξ R (@Razer) February 11, 2026

Berkaitan

  • Logitech Perkenal MX Master 4 Dengan Teknologi Haptik
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Razer Bangunkan Fon Kepala AI Terbina Kamera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY