Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XPAD Edge Launch KV

Infinix Lancar XPAD Edge Dengan Harga RM1299

Diterbitkan Disember 18, 2025 · Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh ainabatrisyia

Infinix kini melancarkan tablet 13.2 inci baharunya iaitu Infinix XPAD Edge. Didatangkan dengan ciri paparan FHD+ 13.2 inci dengan rekaan logam 6.19mm serta beratnya yang hanya 588g. Membolehkan pengguna menggunakannya di mana sahaja.

XPAD Edge Infographic

Ia juga dikuasakan cip Snapdragon 685 dan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 8000mAh dan sambungan 4G yang menawarkan kuasa berpanjangan dan akses yang stabil. Tablet ini dibina dengan empat pembesar suara bagi menawarkan bunyi imersif sehingga 300% bunyi audio.

XPAD Edge ini juga hadir dalam warna ‘Celestial Ink’, dengan kemasan logam yang menggabungkan tona gelap dengan tekstur matte. Ia juga diikitiraf dengan sijil TÜV Rheinland untuk tahap cahaya biru rendah dan paparan tanpa kerlipan untuk penggunaan yang selesa.

Image 3 – PC-level

Didatangkan dengan sokongan split-screen, Parallel Windows, operasi multi-tugas drag-and-drop dan sokongan Wireless Second Screen untuk PC. Boleh dipadankan dengan X Keyboard 20 dan X Pencil 20 untuk mendapatkan pengalaman menulis yang fleksibel.

Ia dikuasakan oleh Infinix AI yang menawarkan ciri pintar bagi memudahkan tugas.

Folax Voice Assistant membolehkan pengguna menyelesaikan tugas melalui interaksi suara. Hanya dengan beberapa ucapan arahan, pengguna boleh membuat carian maklumat, menterjemah bahasa, mengesan dan mengeluarkan teks dari gambar serta menjana ringkasan dan nota.

Image 4 – Hi Translation

AI Screen Recognition pula menawarkan ciri  seperti mengekstrak teks, menterjemah kandungan dan penjanaan nota. Terdapat juga Hi Translation untuk komunikasi berbilang bahasa, AI Writing untuk memperkemaskan penulisan dan AI Art untuk penghasilan visual.

Sekarang Infinix XPAD Edge boleh didapatkan bermula 18 Disember 2025 pada harga RM1299 dengan sokongan 256GB ROM dan 8GB RAM.

Pembeli akan mendapat hadiah percuma bernilai RM599 yang terdiri daripada XPAD Edge Cover, X Keyboard 20 dan X Pencil 20.

Dapatkan tablet ini di laman Beli dengan masukkan kod 201 atau di pengedar-pengedar sah Infinix.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Infinix Lancar GTBuds 4 Dengan Harga RM229
  • Infinix XPAD Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY