Infinix secara rasmi hari ini memperkenalkan GT 50 Pro, telefon pintar yang memfokuskan kepada pengalaman permainan dengan beberapa peningkatan ketara berbanding generasi sebelumnya.
Infinix GT 50 Pro menampilkan skrin 6.78-inci beresolusi 1.5K dengan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan maksimum mencecah 4,500 nits. Sokongan Dolby Atmos turut disertakan bagi pengalaman audio yang lebih menyeluruh.

Dari segi prestasi, GT 50 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate yang dibina dengan proses 4nm. Ia digandingkan dengan bateri 6500mAh serta sokongan pengecasan 45W berwayar dan 30W tanpa wayar. Untuk sambungan pula, peranti ini dilengkapi cip rangkaian khas yang membantu meningkatkan kestabilan isyarat.
Untuk kamera, peranti ini dilengkapi sensor utama 50MP bersama OIS, 8MP ultra lebar serta 13MP swafoto. Pemprosesan imej turut dibantu teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas.

Antara perubahan utama yang dibawa ialah sistem penyejukan baharu dikenali sebagai HydroFlow Liquid Cooling. Ia direka untuk membantu mengawal suhu peranti ketika digunakan dalam tempoh lama, terutamanya untuk permainan berintensiti tinggi. Sistem ini menggunakan penyejukan cecair mikro pam dengan liputan menyeluruh pada komponen penting, sekali gus membantu mengekalkan prestasi tanpa penurunan mendadak.
Selain itu, Infinix turut menawarkan aksesori tambahan seperti GT MagCharge Cooler 2.0 yang menyokong pengecasan terus ke cip pemproses. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan haba, malah boleh memanjangkan jangka hayat bateri dalam penggunaan jangka panjang.
Bagi gaming, Infinix menyertakan mod Hardcore Esports serta sokongan 144FPS untuk beberapa permainan popular seperti Mobile Legends, Free Fire dan Call of Duty Mobile. Ciri ini dipadankan dengan pengoptimuman perisian dalam XOS 16 termasuk ciri AI yang membantu mengekalkan kadar bingkai dan respons sentuhan.

Satu lagi ciri menarik ialah GT Trigger, iaitu butang fizikal dengan sokongan tekanan berbeza yang boleh digunakan untuk kawalan tambahan ketika bermain. Ia juga boleh disesuaikan untuk fungsi lain seperti mengambil gambar atau membuka aplikasi dengan pantas.

GT 50 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black Abyss, Red Blaze dan Silver Glacier.
Harga dan ketersediaan
Dari segi harga, Infinix GT 50 Pro hadir dalam dua varian seperti berikut:
- 12GB + 256GB – RM1,899
- 12GB + 512GB – RM2,199
Sempena pelancaran, pembeli boleh menikmati diskaun RM200 untuk semua saluran jualan sehingga 10 Mei, jam 11:59 malam, selagi stok masih ada.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan GT MagCharge Cooler 2.0 secara percuma. Peranti ini boleh didapati melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah Infinix di seluruh negara.
{suggest}
