Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 indonesia 1

Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu

Diterbitkan Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

Kerajaan Indonesia telah memberi amaran bahawa Apple iPhone 16 mungkin tidak dibenarkan memasuki pasaran Indonesia melainkan syarikat itu memenuhi komitmen pelaburannya dan memperbaharui pensijilan kandungan tempatan (TKDN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita dengan menyatakan bahawa Apple sebelum ini telah memperoleh pensijilan TKDN, yang membolehkan produknya dijual di Indonesia.

Walau bagaimanapun, pensijilan itu telah tamat tempoh dan mesti diperbaharui.

“Pelanjutan pensijilan TKDN masih belum selesai, menunggu realisasi pelaburan selanjutnya daripada Apple,” kata Agus, seperti yang dilaporkan agensi berita Antara.

Semakan di laman Apple Indonesia hanya memaparkan info tentang iPhone 16, tapi butang Beli iPhone terbaru itu tidak dipaparkan. Sebaliknya butang Beli iPhone 15 ada dipaparkan.

iPhone 16 indonesia
iPhone 15 indonesia

Pelaburan semasa Apple di Indonesia adalah berjumlah Rp 1.48 trilion (~RM444,000), yang agak kecil berbanding jumlah produknya yang dijual di dalam negara itu.

Menurut Agus. Apple telah komited untuk meningkatkan pelaburannya sebanyak tambahan Rp 240 bilion (~RM72,000).

Menteri itu menegaskan, sekiranya Apple memenuhi komitmen pelaburan ini, kerajaan Indonesia akan membenarkan iPhone 16 terbaharu yang telah dilancarkan secara rasmi pada 20 September 2024 lalu dijual secara rasmi bersama-sama dengan produk Apple baharu yang lain ke dalam pasaran Indonesia.

“Ini semua berdasarkan keadilan bagi pelabur yang telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk melabur di Indonesia,”

Di bawah Peraturan Kementerian Perindustrian No. 29 tahun 2017 Indonesia yang menggariskan syarat dan prosedur untuk mengira nilai kandungan tempatan untuk peranti elektronik, Apple boleh memenuhi keperluan TKDN melalui 3 skim: pembuatan tempatan, pembangunan aplikasi tempatan, atau pembangunan inovasi tempatan.

Apple telah memilih skim pembangunan inovasi.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap inovasi tempatan, Apple telah menubuhkan 3 Akademi Apple di Tangerang, Sidoarjo dan Batam.

Semasa lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook ke Indonesia pada April 2024, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk membuka Akademi Apple keempat di Bali.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Qualcomm Sahkan Kemungkinan Eksploitasi Perisian Intip Dalam Peranti Android
  • Nintendo Perkenal Jam Penggera Yang Dipanggil 'Alarmo'

Sumber: Jakartaglobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY