Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: AI Grok Gagal Saring Fakta Ketika Krisis Israel-Iran

Indonesia Jadi Negara Pertama Sekat Sepenuhnya AI Elon Musk

Diterbitkan Januari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Indonesia menggantung penggunaan chatbot AI Grok milik Elon Musk pada Sabtu susulan kebimbangan terhadap kandungan pornografi yang dijana oleh kecerdasan buatan itu, menurut menteri komunikasi dan hal ehwal digital negara tersebut.

Grok menerima kecaman global selepas didapati ciri penjanaan imejnya membolehkan pengguna menseksualkan gambar wanita dan kanak-kanak hanya dengan menggunakan arahan teks yang ringkas.

Indonesia menjadi negara pertama yang menyekat sepenuhnya akses kepada alat itu, yang di negara lain hanya dihadkan kepada pelanggan berbayar susulan reaksi negatif berkenaan.

“Bagi melindungi wanita, kanak-kanak dan orang awam daripada risiko kandungan pornografi palsu yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan, kerajaan… telah menyekat sementara akses kepada aplikasi Grok,” kata Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Meutya Hafid, dalam satu kenyataan.

“Kerajaan memandang amalan deepfake tanpa persetujuan sebagai satu pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah serta keselamatan rakyat dalam ruang digital.”

Kementerian berkenaan turut memanggil wakil daripada platform media sosial X untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tersebut.

Menurut pemerhatian wartawan AFP di Jakarta, akaun Grok di platform X masih aktif dan membalas pertanyaan, termasuk dalam Bahasa Indonesia, pada malam Sabtu.

Syarikat pemula xAI milik Musk, yang membangunkan Grok, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen segera.

Pegawai Eropah dan aktivis teknologi sebelum ini mengkritik langkah mengehadkan ciri Grok kepada pelanggan berbayar, dengan menyatakan tindakan itu gagal menangani kebimbangan terhadap kandungan deepfake berunsur seksual.

Musk minggu lalu berkata sebagai respons terhadap isu imej eksplisit itu bahawa sesiapa yang menggunakan Grok untuk “menghasilkan kandungan haram akan menerima akibat yang sama seperti memuat naik kandungan haram.” – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia
  • Google Kini Tawar Tiga Ciri AI Dalam Gmail Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY