Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia

Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia

Diterbitkan Januari 9, 2026 oleh ariff bukhari

Singapura baru sahaja merasmikan ladang menegak tertinggi di dunia setinggi 23.3 meter, dibangunkan oleh syarikat tempatan Greenphyto Pte Ltd dengan kos S$80 juta (~RM252 juta).

Projek ini muncul ketika negara itu berdepan cabaran besar dalam keselamatan makanan kerana bergantung kepada import.

Walaupun banyak ladang berteknologi tinggi sebelum ini gagal akibat kos operasi yang tinggi, Singapura tetap yakin bahawa skala besar dan automasi mampu menjadikan pertanian menegak lebih menguntungkan.

Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia
Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia
Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia

 

Ladang ini yang sudah beroperasi sejak tahun lalu sebelum pelancaran rasminya tahun ini, direka untuk beroperasi secara automatik dengan keupayaan menghasilkan sehingga 2,000 tan sayur setahun, termasuk bayam dan salad, dengan hasil 45 kali ganda lebih tinggi berbanding kaedah tradisional.

Greenphyto turut membuka pejabat jualan di Malaysia dan Belanda dengan hasrat untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan sokongan pembiayaan daripada United Overseas Bank dan pelabur individu lain.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pertanian Di Malaysia Bakal Dipacu Robot Humanoid
  • Siri POCO M8 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY