Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit

India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit

Diterbitkan Ogos 18, 2025 · Dikemas kini Ogos 18, 2025 oleh ariff bukhari

Gergasi automotif India, Mahindra bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery Global Consumer Products (WBDGCP) untuk melancarkan SUV elektrik edisi terhad yang diinspirasikan daripada trilogi filem The Dark Knight arahan Christopher Nolan.

Menerusi model Mahindra BE 6 Batman Edition, EV SUV ini  menggabungkan sinematik dengan kemewahan serba moden yang direka dengan perincian unik, menjadikannya sebahagian daripada sejarah Batman.

India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit
India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit
SUV ini dilengkapi rim bersaiz 20 inci.
India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit
India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit

Menurut Pratap Bose, Ketua Rekaan Mahindra, edisi khas ini dicipta untuk menyerlahkan keberanian, inovasi, dan personaliti Batman, ikon budaya pop yang kekal relevan merentas generasi.

Wakil Warner Bros pula menegaskan kolaborasi ini melambangkan inovasi, ketahanan, dan keghairahan tanpa batas.

India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit

BE 6 Batman Edition ini ditawarkan pada harga ₹27.79 lakh (~RM155,600) dengan tempahannya akan dibuka pada 23 Ogos 2025 ini, terhad 300 unit sahaja.

Para pelanggan dijadual akan menerima SUV ini bermula 20 September 2025.

Untuk BE 6 Batman Edition, ia dilengkapi bateri 79 kWh yang boleh dicas sepantas 20 minit (20% ke 80%) dengan menggunakan pengecas DC.

Dengan bateri dicas penuh, ia memberikan julat sehingga 683 km.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • BYD Perkenal EV Edisi Black Myth Wukong Dengan Aksesori Eksklusif

Sumber: Mahindra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY