Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Perkenal EV Edisi Black Myth Wukong Dengan Aksesori Eksklusif

BYD Perkenal EV Edisi Black Myth Wukong Dengan Aksesori Eksklusif

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh ariff bukhari

BYD memperkenalkan Fangchengbao Tai 3 (Ti 3) edisi khas Black Myth: Wukong, yang diilhamkan daripada kisah klasik legenda Journey to the West di pameran ChinaJoy 2025.

Edisi khas ini menampilkan tema 72 Perubahan yang merujuk kepada kuasa mitos Sun Wukong dengan warna asas hitam serta jalur dan kemasan emas yang menonjol.

Perubahan reka bentuk juga dibuat kepada bampar hadapan baharu dengan splitter besar, set lima lampu sorot di atas bumbung, elemen pencahayaan di sekitar fender, kotak kargo di bahagian belakang, dan spoiler di atas tingkap belakang.

BYD Perkenal EV Edisi Black Myth Wukong Dengan Aksesori Eksklusif
BYD Perkenal EV Edisi Black Myth Wukong Dengan Aksesori Eksklusif
Rim dwi tona hitam-emas

Ti 3 yang telah dilancarkan pada April 2025 adalah SUV yang menggunakan platform BYD e-Platform 3.0 Evo+, pacuan semua roda dwi motor dengan kuasa gabungan 310 kW, pecutan 0–100 km/j dalam 4.9 saat, kelajuan maksimum 201 km/j dan jarak perjalanan 501 km (CLTC).

Tiga pilihan bateri disediakan mengikut varian pacuan: 65.28 kWh (RWD), 72.96 kWh (AWD), dan 78.72 kWh (varian dron).

Bahagian dalaman EV ini menampilkan skrin tengah bersaiz 15.6 inci (atau 12.8 inci), panel instrumen LCD penuh,  tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas dan penyejukan serta peralatan terbina seperti peti sejuk mini dengan kawalan suhu.

Harga Ti 3 di China bermula dari 133,800 yuan hingga 193,800 yuan (~RM86,970 –RM126,970).

Selain Ti 3 edisi Wukong, BYD turut mempamerkan model kerjasama lain seperti Han L, Seal 06 GT, dan Denza Z9 GT di ChinaJoy 2025.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh

Sumber: Car News China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY