Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Lancar Pemproses 1.0 GHz Pertama Buatan Sendiri

India Lancar Pemproses 1.0 GHz Pertama Buatan Sendiri

Diterbitkan Disember 17, 2025 ยท Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh ariff bukhari

India mengumumkan kejayaan pelancaran cip pemprosesan mikro pertama mereka yang dikenali sebagai DHRUV64.

Ia merupakan pemproses mikro 64-bit dwi-teras pertama buatan India dengan kelajuan 1.0 GHz, sekali gus menandakan langkah besar dalam usaha negara itu mencapai visi Aatmanirbhar Bharat atau berdikari teknologi.

Dibangunkan oleh C-DAC (Pusat Pembangunan Pengkomputeran Lanjutan) di bawah Program Pembangunan Mikroprosesor (MDP), DHRUV64 direka untuk menyokong aplikasi strategik dan komersial termasuk 5G, automotif, elektronik pengguna, automasi industri dan IoT.

India Lancar Pemproses 1.0 GHz Pertama Buatan Sendiri
DHRUV64 ialah cip ketiga yang dihasilkan di bawah Program Digital India RISC-V (DIR-V) dengan matlamat keseluruhan untuk membolehkan penciptaan pemproses mikro untuk masa depan di India.
India Lancar Pemproses 1.0 GHz Pertama Buatan Sendiri

Pemproses ini menggunakan seni bina moden berasaskan RISC-V, membolehkan integrasi mudah dengan perkakasan luaran serta mengurangkan kos lesen.

India menggunakan hampir 20% mikroprosesor global.

Jadi dengan kejayaan pelancaran DHRUV64, ia bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada pembekal asing tetapi juga membuka peluang kepada industri, akademik dan syarikat pemula India untuk membina produk berasaskan cip tempatan.

India Lancar Pemproses 1.0 GHz Pertama Buatan Sendiri
Tahukah anda bahawa cip pertama India, THEJAS32, dihasilkan di fasiliti Silterra di Malaysia.

Kemajuan dari pemproses terdahulu THEJAS32 ke DHRUV64, serta pembangunan yang berterusan bagi Dhanush dan Dhanush+, menggambarkan laluan India yang yakin ke arah inovasi pemproses tempatan dan kebergantungan teknologi sendiri.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Amazon Perkenal Trainium3, Cip AI Baharu Lebih Murah Saingi Nvidia
  • Cip AI China Tidak Akan Dapat Kejar Nvidia Dalam Dekad Ini - Pakar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY