Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-06-02 101144

India Bakal Miliki Shinkansen, Ujian Sedang Berjalan Di Jepun

Diterbitkan Jun 2, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam usaha menaik taraf dan memodenkan sistem rangkaian keretapinya yang luas, India kini mengambil langkah besar dalam dengan bakal memperkenalkan kereta api laju Shinkansen melalui projek Mumbai-Ahmedabad High-Speed Rail (MAHSR).

Buat pertama kalinya, dua tren Shinkansen (model E5 dan E3) telah pun memulakan ujian di Jepun.

Kedua-dua tren ini akan dihantar ke India pada awal 2026 untuk diuji di bawah keadaan sebenar di India.

Shinkansen mampu mencecah kelajuan 320 km/j dengan dilengkapi sistem canggih untuk mengukur keadaan pemanduan, daya tahan suhu, dan habuk.

Hasil ujian akan membantu India dalam menghasilkan tren generasi baharu (siri E10) secara tempatan di bawah inisiatif “Buatan India”.

Projek ini dimulakan hasil kerjasama antara India dan Jepun sejak tahun 2016 lagi dengan pembiayaian sebahagian besarnya adalah dari Jepun.

Apabila siap nanti, Shinkansen India ini akan melalui rel sejauh 508 km menghubungkan Mumbai dan Ahmedabad hanya dalam 2 jam 7 minit.

Projek ini dijangka membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan di India, dengan mengekalkan standard teknologi Jepun.

https://x.com/IndianTechGuide/status/1928300591530324457

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih
  • Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi 'Scouter' Ala Dragon Ball

Sumber: The Financial Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY