Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leak iPhone 16 Pro color_

Imej Tertiris Dedahkan iPhone 16 Pro Dengan Warna ‘Desert Titanium’

Diterbitkan Ogos 19, 2024 · Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh Amalina Athman

Dengan pelancaran Pixel 9 telah pun selesai, perhatian kini tertumpu kepada siri iPhone 16 yang dijangka akan diumumkan pada September depan.

Menerusi perkongsian Sonny Dickson di X, ia memperlihatkan imej yang dipercayai unit dummy iPhone 16 Pro dengan empat warna, termasuk warna baharu seakan keemasan-gangsa.

pic.twitter.com/LaJUmHhTBY

— Sonny Dickson (@SonnyDickson) August 16, 2024

 

Menguatkan lagi spekulasi ini, peniris Majin Bu turut berkongsi imej lens ring model iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max yang sepadan dengan imej dummy itu.

Digelarnya sebagai “Desert Titanium”, Majin Bu mengatakan warna ini “seperti emas gelap” – seakan tahap kegelapan Deep Purple yang ditawarkan pada iPhone 14 Pro.

There are four colors in total in the iPhone 16 Pro Lineup: white, black, gold and gray.

The desert titanium color is kind of dark gold, similar to the old purple color, relatively discreet and deep pic.twitter.com/uDiNiBI4Iz

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 18, 2024

Untuk rekod, iPhone 15 Pro dan Pro Max tersedia dalam empat warna termasuk Natural Titanium, Blue Titanium, White Titanium dan Black Titanium. Bagi tahun ini, Apple dijangka akan menggantikan Blue Titanium dengan pilihan warna baharu, berkemungkinan besar adalah warna Desert Titanium yang dinyatakan itu.

Untuk pengesahan mengenainya, nantikan pengumuman rasmi daripada Apple tidak lama lagi.

Berkaitan

  • iPhone 16 Pro Mungkin Hadir Dengan Dua Pilihan Warna Baharu
  • Ura-Ura Kuasa AI iPhone 16 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding M4
  • Perubahan Dalaman iPhone 16 Dijangka Akan Tangani Isu 'Overheating'
  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Sonny Dickson, Majin Bu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY