Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_new color option

iPhone 16 Pro Mungkin Hadir Dengan Dua Pilihan Warna Baharu

Diterbitkan Februari 20, 2024 · Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran pada separuh kedua tahun ini, spekulasi mengenai iPhone 16 semakin hangat diperkatakan. Dalam perkembangan terkini, ura-ura mengatakan dua model iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan dua pilihan warna baharu.

Berkaitan

  • Butang 'Capture' iPhone 16 Dilapor Akan Hadir Dengan Ciri Baharu
  • Kuo: Rekaan iPhone 16 Mungkin Tidak Banyak Berubah
  • Imej Tertiris Dedahkan Modul Kamera iPhone 16

Melalui perkongsian di platform X, peniris Majin Bu mendakwa iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan pilihan warna Desert Yellow (Desert Titanium) dan Cement Gray (Titanium Gray).

iPhone 16 Pro_new color option2

Menurutnya, warna Desert Yellow sama seperti pilihan warna Gold yang ditawarkan pada iPhone 14 Pro, tetapi lebih “deeper and heavier”. Sementara Cement Gray digambarkan seakan warna Space Gray yang digunakan pada iPhone 6.

Based on the information I was able to find, the new colors of the iPhone 16 Pro could be
Desert Yellow (Desert Titanium) similar to the gold of the iPhone 14 Pro but deeper and heavier
Cement Gray (Titanium Gray) a shade of space gray similar to that used on iPhone 6. Other… pic.twitter.com/BWlYwAquS8

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) February 19, 2024

Untuk rekod, iPhone 15 Pro hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black Titanium, White Titanium, Blue Titanium dan Natural Titanium.

Tiada warna Gold yang ditawarkan untuk iPhone 15 Pro. Warna ini hanya tersedia melalui pengenalan ‌iPhone‌ ‌‌‌‌5S hingga ‌iPhone‌ ‌8, dan kemudian pada ‌iPhone‌ ‌XS hingga ‌iPhone 14‌ Pro.

Tidak mustahil jika Apple akan memperkenalkan semula warna tersebut melalui pelancaran iPhone 16 Pro nanti.

Namun begitu, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya dan boleh dikategorikan sebagai khabar angin sahaja. Sudah tentu lebih banyak spekulasi mengenainya akan muncul dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber: Majin Bu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY