Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMEJ tidak sahih pasport, mykad baru2

Imej Reka Bentuk Pasport, MyKad Baharu Yang Tular Tidak Sahih – KDN

Diterbitkan Januari 13, 2026 · Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan kesahihan imej reka bentuk baharu pasport dan MyKad yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam kenyataannya, KDN memaklumkan ia bukanlah imej rasmi dan tidak dikeluarkan oleh kementerian itu.

“Rekaan visual itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa. “

Terdahulu, tular di media sosial imej rekaan pasport dan MyKad baharu, yang turut memaparkan tera air (watermark) Gemini, menandakan ia merupakan janaan kecerdasan buatan (AI). Bagaimanapun, imej tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial dan menyebabkan maklumat palsu tersebar.

IMEJ tidak sahih pasport, mykad baru

KDN menegaskan segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk serta ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad baharu hanya akan diumumkan melalui saluran komunikasi rasmi kementerian dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa pelaksanaan pasport dan MyKad baharu dijangka diperkenalkan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Pendaftaran Perkahwinan, Pembaharuan Pasport Kelak Perlukan MyDigital ID
  • Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini - Ciri Keselamatan Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY