Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan

LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan

Diterbitkan Julai 16, 2026 · Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh ariff bukhari

LEGO kini sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan projek unik yang diilhamkan oleh komputer ikonik Apple iaitu iMac G3 Bondi Blue model 1998.

Projek ini bermula di platform LEGO Ideas pada Ogos 2025, apabila seorang peminat menghantar reka bentuk lengkap dengan kerangka biru lutsinar lengkap dengan papan kekunci, tetikus “hockey puck”, kabel, serta bahagian dalaman seperti CRT dan papan litar.

Selepas mencapai sokongan 10,000 undi, projek ini sekali gus layak untuk semakan rasmi LEGO.

LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan
LEGO Ideas mengumumkan barisan projek baharu yang mungkin akan direalisasikan.

Menariknya, ia ditempatkan dalam status “Parking Lot” – bukan ditolak, tetapi memerlukan masa tambahan untuk dipertimbangkan sama ada ia bakal menjadi kenyataan atau tidak.

Ini termasuklah kemungkinan rundingan dengan pihak  Apple.

Sejarah Bermulanya Apple Sehingga Menjadi Pengeluar Terkemuka
iMac G3 Bondi Blue (1998) diangap sebagai komputer yang telah menyelamatkan Apple daripada muflis. Ia direka sepenuhnya oleh pasukan reka bentuk Apple, yang diketuai oleh Jonathan Ive, dengan pengaruh kuat daripada Steve Jobs sendiri.
USB Paradox – Bila Penciptanya Tahu Dari Awal Lagi Ia Akan Menyusahkan Anda
iMac G3 menampilkan rekaan ikonik lut sinar berwarna biru laut yang mengetepikan reka bentuk komputer kotak kelabu yang membosankan. Komputer ini turut mempopularkan penggunaan USB dan memulakan era kebangkitan semula Apple.
LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan
LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan
LEGO iMac G3 Bondi Blue Mungkin Akan Jadi Kenyataan

Status ini dianggap positif kerana beberapa projek lain seperti Downton Abbey dan The Old Man and the Sea pernah berada dalam kategori sama sebelum diluluskan.

Dalam pusingan semakan ketiga 2025, daripada 75 projek, hanya tiga dipilih, empat termasuk iMac G3 dimasukkan ke Parking Lot, manakala selebihnya ditolak.

Keputusan akhir akan diumumkan oleh LEGO pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Ini Perbandingan Kos Pembuatan iPhone 17 Pro Max vs iPhone 18 Pro Max
  • Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY