Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman – Servis Penstriman

Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman – Servis Penstriman

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam era digital dengan capaian internet yang luas dan  pantas, servis penstriman telah menjadi salah satu ciptaan teknologi terbaik dan paling berpengaruh dalam kehidupan moden.

Ia bukan sahaja mengubah cara manusia berhubung, tetapi juga mengakses hiburan dengan merevolusikan cara kandungan digital diedarkan, dikongsi dan dikomersialkan.

Apa Itu Servis Penstriman?

Servis penstriman merujuk kepada teknologi yang membolehkan pelbagai kandungan media, sama ada video, muzik atau permainan dicapai secara langsung melalui internet tanpa perlu dimuat turun terlebih dahulu.

Pengguna hanya memerlukan sambungan internet yang stabil untuk menikmati kandungan secara masa nyata (real-time) terus melalui telefon pintar, komputer, tablet atau televisyen.

Sejarah 

Asal-usul servis penstriman boleh dijejaki seawal tahun 1990-an lagi iaitu ketika sambungan internet mula digunakan secara meluas.

Namun, pada masa itu, kelajuan internet masih rendah dan teknologi belum cukup matang untuk membolehkan penstriman kandungan secara lancar.

Salah satu pelopor servis penstriman terawal ialah RealNetworks apabila melancarkan RealAudio pada 15 April 1995.

RealAudio membolehkan pengguna mendengar audio dalam kualiti rendah secara langsung melalui internet.

Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman – Servis Penstriman

Selepas itu pada 1997, mereka melancarkan pula RealVideo dan menjadi penstriman terawal yang membawakan siaran tv perdana ke internet menerusi rakan kongsinya seperti ABC News.

Malah merekalah yang pertama melancarkan video ke internet.

Kelahiran YouTube

Kemunculan YouTube pada tahun 2005 menandakan revolusi terbesar dalam industri penstriman.

Ini kerana, buat pertama kalinya, pengguna bukan sahaja boleh menstrim audio/video secara percuma, tetapi juga boleh memuat naik dan menstrim kandungan yang dimuat naik ke platform itu untuk dikongsikan kepada khalayak seluruh dunia.

YouTube secara rasminya bermula pada 24 April 2005 dahulu apabila klip video pertama berjudul “Me at the zoo” dimuat naik ke dalamnya.

Bermula dari 1 video itu, YouTube telah membuka ruang kepada lahirnya pencipta kandungan bebas sehingga menjadi platform utama untuk penstriman video secara percuma.

Ledakan Penstriman Mengubah Landskap Hiburan

Sebelum munculnya penstriman, akses kepada kandungan hiburan banyak bergantung kepada televisyen tradisional, radio, cakera padat (CD), cakera video digital (DVD, VCD, Bluray), dan muat turun fail digital.

Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman – Servis Penstriman

Namun,  perkembangan pesat jaringan internet yang semakin luas dan pantas, membawa kepada ledakan pelbagai platform penstriman percuma dan berbayar seperti Netflix, Spotify, Amazon Prime Video, Disney+, Twitch (penstriman langsung permainan video) dan banyak lagi.

Sebagai contoh, lihat sahaja Netflix, yang mana pada asalnya berfungsi sebagai perkhidmatan penyewaan DVD melalui pos, tapi beralih kepada perkhidmatan penstriman pada 2007.

Netflix iOS 17

Langkah syarikat ini telah menjadi titik tolak kepada peralihan industri hiburan ke arah kandungan atas permintaan (on-demand).

Revolusi Yang Terus Berkembang

Wujudnya servis penstriman adalah simbol kemajuan masyarakat digital.

Pengguna kini mempunyai kebebasan untuk menonton atau mendengar kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia memberi kuasa kepada pengguna, memperluas akses kepada ilmu dan hiburan. Pencapaian ini telah mengubah landskap industri hiburan secara besar-besaran.

Studio filem dan syarikat rakaman kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pawagam atau kedai muzik, sebaliknya memilih untuk melancarkan kandungan mereka secara terus kepada pengguna melalui platform penstriman.

apple vision pro visionos – 48

Malah, dengan kecanggihan teknologi rangkaian 5G, AI dan realiti maya (VR), masa depan servis penstriman dijangka akan menjadi lebih interaktif dan imersif.

Jadi, tanpa ragu, servis penstriman layak diiktiraf sebagai salah satu ciptaan terbaik sepanjang zaman.

Berkaitan

  • Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman - YouTube
  • Spotify Umum Kenaikan Harga Langganan - Ini Perubahan Untuk Pengguna Malaysia
  • Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY