Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Family Link

Ibu Bapa Lepas Ini Boleh Kawal Siapa Yang Hubungi Anak Anda Di Android

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Google telah mengumumkan beberapa ciri baharu dalam Google Family Link bagi membantu ibu bapa mengurus peranti anak-anak dengan lebih mudah dan memastikan tabiat digital yang sihat.

Berikut adalah apa yang baharu.

Antara muka baharu yang lebih mudah digunakan

Screenshot 2025-02-13 at 12.19.06 PM

Family Link kini tampil dengan rekaan baharu yang lebih mesra pengguna. Tab “Screen Time” menghimpunkan semua kawalan masa skrin dalam satu tempat, termasuk tetapan Downtime dan School Time.

Selain itu, tab “Controls” memudahkan ibu bapa mengurus akaun anak, menetapkan privasi, menyaring kandungan, dan menyekat aplikasi atau laman web tertentu.

Bagi yang mempunyai lebih daripada seorang anak, Family Link kini membolehkan ibu bapa menukar profil anak dengan mudah serta mengawal semua peranti mereka dalam satu halaman.

‘School Time’ kini di peranti Android

Screenshot 2025-02-13 at 12.18.36 PM

Sebelum ini diperkenalkan di Fitbit ACE LTE dan Samsung Galaxy Watch for Kids, ‘School Time’ kini tersedia untuk telefon dan tablet Android.

Fungsi ini membantu mengurangkan gangguan ketika waktu sekolah dengan menyekat aplikasi tertentu dan mematikan notifikasi.

Ibu bapa juga boleh menetapkan senarai aplikasi yang dibenarkan ketika School Time atau menyesuaikan jadual dengan waktu rehat dan cuti.

Kawalan kenalan anak

Screenshot 2025-02-13 at 12.13.32 PM

Tidak lama lagi, ibu bapa juga boleh meluluskan senarai kenalan yang boleh dihubungi oleh anak-anak melalui telefon Android.

Dengan ciri ini, hanya nombor yang telah diluluskan dapat membuat dan menerima panggilan atau mesej. Anak-anak juga boleh meminta untuk menambah kenalan, tetapi hanya akan dimasukkan setelah mendapat kebenaran ibu bapa melalui Family Link.

Dengan kemas kini ini, Google Family Link terus menjadi alat yang berguna untuk membantu ibu bapa mengawal penggunaan peranti anak-anak dengan lebih selamat dan berkesan.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Google Perlihatkan Bagaimana Pixel Diuji Untuk Ketahanan
  • Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google
  • Ini Rupa Awal 'AI Mode' Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pembeli Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY