Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel test

Google Perlihatkan Bagaimana Pixel Diuji Untuk Ketahanan

Diterbitkan Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Google telah berkongsikan bagaimana mereka menguji ketahanan telefon pintar Pixel mereka.

Ia selepas salah seorang pengguna Pixel bernama Andrew Prag berkongsikan kisah bagaimana model Pixel 6a miliknya yang hilang ketika bermain ski ditemui selamat walaupun selepas hilang selama 6 bulan tertanam di dalam salji.

Google Perlihatkan Bagaimana Pixel Diuji Untuk Ketahanan
Keadaan telefon pintar Pixel 6a milik Andrew selepas berbulan-bulan tertanam di dalam salji di gunung.

Google menerusi blog rasminya berkata, pasukan Kejuruteraan Integriti Produk bertanggungjawab memastikan telefon Pixel tahan terhadap aktivti harian.

Tugas mereka termasuk mencipta dan menjalankan ujian tekanan, ketahanan, dan suhu berdasarkan senario penggunaan sebenar oleh pelanggan.

Pendekatan ini dikenali sebagai Design Failure Mode and Effects Analysis (DFMEA), yang memfokuskan pada situasi praktikal dan ujian berulang untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah reka bentuk.

“Kami bermula dengan berusaha memahami semua senario di mana pelanggan akan menggunakan produk kami. Kemudian kami mereka bentuk ujian yang mesti boleh diulang dan dijelaskan kepada pasukan reka bentuk kami: Kami cuba secara saintifik mengenal pasti punca sesuatu masalah, seperti penyambung dalaman yang longgar, supaya mereka boleh mereka bentuk peranti untuk menyelesaikan masalah tersebut.” Ajay Kamath, Ketua Pasukan Kejuruteraan Integriti Produk Google Pixel.

Ujian yang dijalankan itu adalah meliputi:

  1. Simulasi penggunaan harian seperti memasukkan dan mengeluarkan tablet dari beg dengan lengan robot.
  2. Ujian jatuh berulang dari ketinggian rendah untuk mengukur ketahanan terhadap hentakan kecil.
  3. Ujian gegaran menggunakan motor untuk menguji daya tahan terhadap gegaran berterusan.
  4. Ujian altitud tinggi untuk memastikan peranti tidak rosak pada ketinggian 14,000 kaki, seperti dalam pesawat tanpa tekanan.
  5. Ujian suhu ekstrem dari -30°C hingga 75°C, untuk mensimulasikan situasi seperti meninggalkan telefon di bawah cahaya matahari terik atau peralihan suhu mendadak.
Pixel test
Ujian jatuhan Pixel berulang kali .
Pixel test
Ujian tablet berulang kali di masukkan ke dalam beg.

Walaupun Google menguji telefon pintar mereka untuk ketahanan, tetapi itu tidak bermakna pengguna patut mencampak atau mengguna secara lasak telefon pintar mereka.

“Kami tidak mahu orang berasa seperti mereka boleh melakukan apa sahaja dengan produk kami, tetapi adalah luar biasa untuk mengejutkan mereka apabila sesuatu yang buruk berlaku, namun telefon mereka tetap bertahan.”  Ajay Kamath.

Berkaitan

  • HONOR Filipina Cipta Rekod Dunia Paling Ramai Lakukan Ujian Jatuh Telefon Serentak
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 - Canalys

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY