Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Majorana 1

Majorana 1 – Langkah Microsoft Menuju Komputer Kuantum Paling Berkuasa

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Microsoft kini mengumumkan Majorana 1, cip kuantum pertama di dunia yang menggunakan ‘Topological Core Architecture’. Cip ini dijangka merealisasikan komputer kuantum berkuasa tinggi yang mampu menyelesaikan masalah industri dalam tempoh beberapa tahun, bukan dekad.

Dibina Dengan Teknologi ‘Topoconductor’

Majorana 1 menggunakan topoconductor, iaitu bahan baharu yang mampu mengawal zarah Majorana bagi menghasilkan qubit yang lebih stabil dan berskala. Qubit merupakan blok binaan utama komputer kuantum, dan teknologi ini membolehkan sistem kuantum berkembang hingga sejuta qubit dalam satu cip bersaiz tapak tangan.

Majorana 1 – Langkah Microsoft Menuju Komputer Kuantum Paling Berkuasa

Cip ini diperbuat daripada indium arsenide dan aluminium, yang disusun atom demi atom untuk mencipta zarah kuantum eksotik. Reka bentuk ini menjadikannya lebih tahan ralat secara semula jadi, membolehkan kawalan digital yang lebih pantas dan cekap berbanding pendekatan kuantum lain.

Masa Depan Komputer Kuantum

Majorana 1 membuka jalan ke arah komputer kuantum berskala besar yang mampu menangani masalah kompleks dalam bidang kimia, sains bahan, dan perubatan. Dengan teknologi ini, saintis boleh:

  • Mencipta bahan anti-karat & boleh pulih sendiri untuk industri pembinaan dan penerbangan
  • Merungkai enzim & pemangkin baharu bagi menangani pencemaran plastik dan perubahan iklim
  • Meningkatkan pengeluaran makanan secara lestari untuk menangani krisis makanan global

Microsoft menyasarkan untuk mengintegrasikan cip ini dalam pusat data Azure, membolehkan organisasi dan penyelidik mengakses kuasa kuantum dengan lebih mudah. Dengan cip Majorana 1, Microsoft kini berada di barisan hadapan dalam perlumbaan membangunkan komputer kuantum praktikal untuk kegunaan komersial.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Microsoft Tamatkan Sokongan Aplikasi Office Di Windows 10 Bermula Oktober 2025
  • Hayat Windows 10 Tinggal 8 Bulan, Microsoft Perketat Sekatan Naik Taraf Ke Windows 11
  • Microsoft Pilih Johor Untuk Pembangunan Pusat Data Kedua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY