Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Diterbitkan April 20, 2026 · Dikemas kini April 20, 2026 oleh Amalina Athman

Huawei kini melancarkan telefon lipat skrin lebar terbaharunya, Pura X Max, untuk pasaran China.

Model ini tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada kertas A4, menggunakan nisbah skrin √2:1 yang memberikan paparan lebih luas dan seimbang apabila dibuka.

Huawei Pura X Max China_3

Pura X Max dilengkapi skrin luar OLED bersaiz 5.4-inci dengan puncak kecerahan sehingga 3,500 nits. Skrin dalaman pula berukuran 7.7-inci OLED yang menawarkan kecerahan maksimum 3,000 nits. Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula adaptif LTPO 1 hingga 120Hz.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Peranti ini dikuasakan cip Kirin 9030 Pro, bersama gandingan konfigurasi memori dan storan 12GB/256GB, 12GB/512GB, 16GB/512GB serta 16GB/1TB.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Untuk fotografi, ia menampilkan kamera utama 50MP dengan sokongan apertur boleh ubah F1.4 hingga F4.0. Turut disertakan kamera periskop telefoto 50MP dengan 3.5x zum optikal, sehingga 7x zum berkualiti optikal dan 100x zum digital, serta menyokong mod telefoto makro. Kamera ultra lebar pula menggunakan sensor 12.5MP. Ketiga-tiga kamera ini menggunakan sensor RYYB dengan subpiksel kuning berbanding hijau.

Untuk swafoto, kedua-dua skrin luar dan dalam masing-masing memuatkan kamera 8MP.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Menariknya, peranti ini turut dilengkapi ciri kamera yang boleh mencadangkan postur terbaik ketika mengambil gambar.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Pura X Max dibekalkan bateri berkapasiti 5,300mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W. Ia turut menyokong ciri kecerdasan buatan (AI), stylus M-Pen 3 Mini, sambungan Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, penarafan IP58/IP59 serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 6.1.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro
Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro
Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Harga dan ketersediaan

Peranti ini hadir dalam lima pilihan warna iaitu Black, White, Interstellar Blue, Olive Gold dan Vibrant Orange.

Huawei Pura X Max China_Phantom Black
Huawei Pura X Max China_White
Huawei Pura X Max China_Instellar Blue
Huawei Pura X Max China_Olive Gold
Huawei Pura X Max China_Orange

Di China, Huawei Pura X Max ditawarkan pada harga bermula 10,999 yuan (~RM6,378). Setakat ini, ketersediaan untuk pasaran global masih belum dipastikan dan berkemungkinan kekal eksklusif di China.

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro
Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • HUAWEI Mate 80 Pro Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,999
  • Dua Gajet Baharu Huawei Bakal Tiba Di Malaysia 21 April Ini
  • Huawei Perkenal Ciri AI Bantu Anda Bergaya Lebih Kreatif Apabila Bergambar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY