Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei MatePad Mini – Tablet 8.8-inci OLED Berharga RM2,399

Posted on April 22, 2026

HUAWEI MatePad Mini kini di Malaysia. Ia hadir dengan reka bentuk ultra-nipis berukuran 5.2mm dan berat sekitar 260g, menjadikannya peranti yang sangat mudah alih tanpa mengorbankan produktiviti. Ia menggunakan skrin 8.8-inci Flexible OLED PaperMatte dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits.

Teknologi PaperMatte yang digabungkan dengan paparan OLED ini bertujuan memberikan pengalaman tontonan yang jelas, mengurangkan silau, serta selesa untuk sesi pembacaan yang lama.

Bagi aspek produktiviti, ia menyokong penggunaan HUAWEI M-Pencil Pro yang mempunyai butang Star Ring untuk pelancaran aplikasi pantas serta gerak isyarat pinch and rotation.

MatePad Mini dilengkapi kamera 50MP (belakang) dan 32MP (hadapan). Turut dibekalkan bateri 6400mAh dengan pengecasan pantas 66W Huawei SuperCharge.

Harga

Tablet ini dijual pada harga RM2,399 tetapi Huawei menawarkan promosi dalam tempoh pra-tempah dengan hadiah percuma bernilai RM2,014 dan menjadikan peranti ini berharga RM2,199 selepas baucar.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress