Huawei memperkenalkan barisan produk terkini melalui pelancaran siri HUAWEI WATCH GT 5 dan HUAWEI WATCH Ultimate. Direka untuk memenuhi pelbagai gaya hidup dan keperluan, jam tangan pintar ini menggabungkan teknologi canggih, reka bentuk elegan, dan ciri pengurusan kesihatan yang maju. Tempahan awal kini dibuka sehingga 4 Oktober 2024, dengan tawaran hadiah eksklusif untuk pelanggan awal.
Tersedia dalam dua edisi, WATCH GT 5 dan WATCH GT 5 Pro, reka bentuk jam ini menggunakan gabungan aloi titanium gred aeroangkasa dan seramik nanokristal, siri ini turut hadir dengan sistem HUAWEI TruSense, yang memantau kesihatan pengguna seperti kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO2), kitaran haid, dan tidur.
Salah satu ciri uniknya adalah mod sukan lanjutan, termasuk mod padang golf, yang menyediakan data masa nyata untuk prestasi di padang golf global. Siri ini juga dilengkapi dengan HUAWEI Sunflower Positioning System yang menawarkan ketepatan tinggi, sangat berguna untuk penggemar sukan larian di laluan sukar.
Edisi hijau terbaru HUAWEI WATCH Ultimate memancarkan semangat eksplorasi dan keindahan alam semula jadi. Dihiasi dengan bezel hijau yang dihasilkan melalui proses seramik nano-teknologi dwi warna, jam tangan ini direka khusus untuk peminat sukan golf. Dengan peta lebih daripada 180 padang golf utama di Malaysia serta padang global lain, jam ini menawarkan data yang tepat mengenai jarak, kelajuan angin, dan ciri komposisi cerun.
Kedua-dua model, siri WATCH GT 5 dan WATCH Ultimate, direka bukan sahaja untuk sukan dan pengembaraan, tetapi juga sebagai alat harian yang bergaya dan praktikal. Ia turut menyokong ciri panggilan telefon, respon pantas kepada mesej, dan akses kalendar dan kemas kini cuaca secara langsung dari pergelangan tangan. Siri WATCH GT 5 menawarkan pelbagai muka jam dan tali yang boleh disesuaikan mengikut gaya peribadi pengguna.
Tempahan awal untuk HUAWEI WATCH GT 5 bermula dari harga RM1099, dengan pilihan saiz 41mm dan 46mm. Bagi WATCH GT 5 Pro, harganya bermula dari RM1399 dengan saiz 46mm dan 42mm. Sementara itu, HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) juga boleh didapati untuk tempahan pada harga RM3,799.
Pelanggan awal akan menerima hadiah eksklusif berupa aksesori dan baucar bernilai sehingga RM528 untuk HUAWEI WATCH GT 5 dan HUAWEI WATCH GT 5 Pro. Manakala RM1258 untuk HUAWEI Watch Ultimate. Tempahan boleh dilakukan di laman web rasmi HUAWEI, Shopee, dan Lazada.
{suggest}
Sumber : Siaran Media HUAWEI