Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI WATCH Ultimate Design Spring Edition

Huawei Lancar Jam Tangan Bernilai RM17,999

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei memperkenalkan HUAWEI WATCH Ultimate Design Spring Edition, jam tangan pintar mewah yang menggabungkan seni dan teknologi.

Dihasilkan bersama pereka barang kemas terkenal Francesca Amfitheatrof, edisi ini diinspirasikan oleh keindahan musim bunga.

Reka bentuknya menampilkan 99 berlian asli, lengkung Fibonacci yang elegan, serta sapphire glass berpotongan berlian yang memantulkan cahaya dari setiap sudut.

Huawei WATCH Ultimate Design Spring Edition
Huawei Lancar Jam Tangan Bernilai RM17,999
Huawei Lancar Jam Tangan Bernilai RM17,999

Menjadikannya bukan sekadar jam tangan, tetapi karya seni yang melambangkan kemewahan dan kecerdasan.

Selain gaya eksklusif, jam ini menawarkan fungsi kesihatan pintar seperti pemantauan ECG, analisis tekanan arteri, dan pelbagai ciri kecergasan.

Dengan harga RM17,999, ia sudah tersedia untuk di pra tempah bermula hari ini di mana pelanggan turut menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM5,143, termasuk langganan HUAWEI Health+ dan perlindungan Huawei Care+.

IMAGE 2 (1)

Selain itu, selepas dilancarkan di Bangkok, HUAWEI WATCH FIT 5 Series kini dilancar untuk pasaran Malaysia yang tersedia dalam 2 varian.

Untuk varian standard HUAWEI WATCH FIT 5, ia dilengkapi skrin paparan 1.82 inci dengan sokongan pelbagai jenis sukan seperti badminton, pickleball, dan tennis.

Untuk varian Pro pula, ia dilengkapi paparan yang lebih besar bersaiz 1.92 inci.

Malah ia menawarkan pemantauan kesihatan lebih menyeluruh menerusi ECG dan analisis aritmia gelombang nadi yang diperakui CE serta MDA, pengesanan kekakuan arteri, pemantauan tidur TruSleep 5.0, analisis HRV, penjejakan emosi dan ciri kesihatan wanita.

Niki Pro_KSP IMAGE_Diabetes_JPG_EN_0416
Edisi Pro menggabungkan bezel aloi titanium gred aeroangkasa dengan kaca nilam 2.5D yang tahan lama.

Harga jualan bagi HUAWEI WATCH FIT 5 Series adalah bermula dari RM799 dengan pra tempahan sudah pun dibuka bermula hari ini.

Beli HUAWEI WATCH FIT 5 Series dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnfxwt
  • Lazada – https://invl.me/clnfxwx

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TIME Iktiraf Huawei Antara 10 Gergasi Perkakasan Paling Berpengaruh 2026
  • Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
©2026 WISER.MY