Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Mate 80 Pro(1)

HUAWEI Mate 80 Pro Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,999

Diterbitkan Mac 12, 2026 · Dikemas kini Mac 12, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei Malaysia melancarkan HUAWEI Mate 80 Pro, telefon pintar flagship terbaharu yang memfokuskan keupayaan kamera, prestasi pintar dan reka bentuk premium.

Dilengkapi sistem kamera tiga lensa, ia menawarkan kamera 50 MP Ultra Lighting, lensa Makro Telefoto Ultra Lighting 48 MP dengan zum optik 4×, serta lensa ultra lebar 40 MP.

Malah sistem kamera Mate 80 Pro, dilengkapi teknologi True-to-Colour, memastikan warna kekal tepat dalam pelbagai keadaan pencahayaan, manakala ciri AI seperti AI Composition, AI Remove, dan AI Best Expression menjadikan pengalaman fotografi lebih mudah.

HUAWEI Mate 80 Pro 1
Mate 80 Pro turut menampilkan generasi ke 2 kaca Kunlun yang mana ia 20 kali lebih tahan lasak, panel belakang dengan gentian vegan, serta penarafan IP68 dan IP69 terhadap air dan habuk.
HUAWEI Mate 80 Pro 2

Sistem penyejukannya, SuperCool Dual Phase Change meningkatkan kecekapan haba sebanyak 16% dan mengurangkan kadar kenaikan suhu sebanyak 33%.

Mate 80 Pro tersedia dalam pilihan warna emas, hijau serta hitam, tapi hanya datang dalam varian 16GB+512GB sahaja dengan bateri 5750 mAh.

HUAWEI Mate 80 Pro dijual pada harga RM3,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115.

HUAWEI Mate 80 Pro 3

Beli HUAWEI Mate 80 Pro dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnaqes
  • Lazada – https://invl.me/clnaqf1

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Huawei Band 11 Dan MatePad 11.5 Dilancar Di Malaysia, Harga Dari RM149
  • ASUS Umum NUC 16 Pro, PC Kompak Dipacu Intel Core Ultra X9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY