Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Perkenal Ciri AI Bantu Anda Bergaya Lebih Kreatif Apabila Bergambar

Huawei Perkenal Ciri AI Bantu Anda Bergaya Lebih Kreatif Apabila Bergambar

Diterbitkan April 20, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei mencabar batas fotografi mudah alih dengan memperkenalkan ciri baru yang menarik iaitu AI Pose Suggestions dalam aplikasi kamera.

Ciri AI baru ini diperkenalkan menerusi model Pura 90 Series yang bakal dilancarkan di mana ia membantu pengguna bergaya dengan lebih kreatif melalui garis panduan visual.

Teaser rasmi turut menyentuh budaya “V-sign” yang popular di Asia Timur sejak 1980-an, sambil menekankan bahawa “nampak cantik itu sebenarnya mudah.”

Dari segi spesifikasi, model Pura 90 Pro Max dikhabarkan hadir dengan kamera telefoto 200MP berupaya 20x zoom, serta sensor utama 1 inci yang menghasilkan foto 50MP.

Pelancaran rasminya dijadualkan pada 20 April 2026, dan ramai pemerhati percaya teknologi AI ini berpotensi mengubah cara orang bergambar dengan lebih bergaya.

Selain siri Pura 90, Huawei juga dijangka akan turut melancarkan model telefon pintar baharu Huawei Pura X Max.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Harga Bakal Naik, Pengguna Dijangka Tangguh Beli Telefon Baru
  • Huawei Pura X Max Akan Dilancar 20 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY