Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Gajet Baharu Huawei Bakal Tiba Di Malaysia 21 April Ini

Dua Gajet Baharu Huawei Bakal Tiba Di Malaysia 21 April Ini

Diterbitkan April 15, 2026 · Dikemas kini April 15, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei Malaysia memaklumkan akan melancarkan dua produk baharu pada 21 April ini iaitu HUAWEI MatePad Mini dan HUAWEI WATCH GT Runner 2.

MatePad Mini hadir dengan paparan Flexible OLED PaperMatte 8.8 inci, memberikan pengalaman visual seperti kertas.

Ia turut disertakan dengan HUAWEI M-Pencil Pro, aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint, menjadikannya ideal untuk kerja kreatif dan produktiviti mudah alih.

IMAGE 1 (5)
Pembeli awal akan menikmati hadiah bernilai sehingga RM2,014, termasuk pen stylus, sarung folio, dan jaminan APAC setahun.

Sementara jam pintar WATCH GT Runner 2 direka khas untuk pelari profesional dengan algoritma penjejakan pintar X-DR, antena terapung 3D, dan mod maraton pintar hasil kerjasama dengan juara Olimpik Eliud Kipchoge.

Dengan berat hanya 34.5g, ia merupakan jam logam paling ringan di industri.

Hadir dalam pilihan warna Dawn Orange, Dusk Blue, dan Midnight Black, pembeli yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,480, termasuk tali jam tambahan dan langganan HUAWEI Health MultiPass.

IMAGE 2 (4)

Pra-pesanan eksklusif ini boleh didapati melalui Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Utama HUAWEI di Lazada dan Kedai TikTok Rasmi HUAWEI.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia Pada Harga RM3,999
  • HUAWEI MatePad 11.5 S 2026 Kini Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM2,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY