Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei nova 9

Huawei Nova 9 Dilancarkan, Dikuasakan Cip Snapdragon 778G

Diterbitkan September 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Huawei baru sahaja melancarkan siri Nova 9 secara rasmi semalam, iaitu Nova 9 dan Nova 9 Pro. Dari segi rekaan serta spesifikasi, ia mirip yang didedahkan beberapa hari lepas.

Kedua-dua telefon tersebut menggunakan panel OLED berkadar segar semula 120Hz, input sentuh 300Hz dan gamut warna P3. Nova 9 Pro lengkap dengan skrin 6.72 inci beresolusi 2676×1236, sementara Nova 9 6.57 inci 2340×1080. Varian standard menampilkan lensa tunggal swafoto 32MP dan varian Pro pula mempunyai dua lensa untuk kegunaan ultra lebar dan potret.

huawei nova 9 kamera depan

Selain itu, masing-masing juga hadir dengan tetapan 4 lensa belakang – 50MP RYYB utama, 8MP ultra lebar dan 2MP bagi bantuan bokeh serta makro. Turut dilengkapi beberapa mod untuk vlog, zum audio, mod malam, dual-view dan banyak lagi.

huawei nova 9 kamera belakang

Di dalam peranti terbina cip Snapdragon 778G dengan rangkaian 4G sahaja serta padanan 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB dan 256GB bagi kedua-duanya.

huawei nova 9 warna

Bekalan kuasa 4300mAh dengan 66W kelajuan mengecas untuk varian standard. Manakala varian pro pula lebih kecil, 4000mAh tetapi mengecas dengan kelajuan sehingga 100W yang mana Huawei mendakwa boleh cas penuh dalam masa 20 minit. Malah, sistem penyejukan vapor chamber+graphene juga hadir dalam model pro ini.

Antara lainnya, Nova 9 dan Nova 9 Pro mempunyai sambungan Bluetooth 5.2 dengan sokongan LDAC, NFC, dwi-jalur WiFi, dwi-SIM, dwi-frekuensi GPS, pengimbas cap jari pada skrin dan menjalankan HarmonyOS 2.

Harga jualan bermula CNY2699 (~RM1747) bagi Nova 9 dan CNY3499 (~RM2265). Buat masa sekarang, tiada khabar lagi akan kehadirannya ke Malaysia.

Sumber: gizchina

Baca juga:

  • Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga
  • HMD Bakal Lancar Produk 6 Oktober Ini, Mungkin Tablet Nokia
  • Hampir 100 Juta Peranti Menggunakan HarmonyOS 2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY