Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 9

Spesifikasi Penuh Huawei Nova 9 Pro Didedahkan, Guna Snapdragon Dan 120Hz

Diterbitkan September 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, Huawei telah melancarkan siri Nova 8 dan kemudian ia baru masuk pasaran Malaysia pada bulan lepas. Selepas itu, Huawei mengesahkan pula penggantinya melalui siri Huawei Nova 9 yang bakal dilancarkan 23 September ini.

Terbaru, spesifikasi lengkap peranti tersebut didedahkan. Secara keseluruhan, Nova 9 bukan sahaja tampil rekaan yang hampir sama dengan HONOR 50 tetapi didalamnya juga tidak terkecuali.

Terdapat dua model, iaitu Nova 9 dan Nova 9 Pro. Peranti versi Pro ini didatangkan cip Snapdragon 778G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Nova 9

Selain itu, turut dilengkapi skrin 6.72 inci OLED FHD+ 120Hz, bateri 4000mAh dengan pengecasan 100W, kamera hadapan 32MP serta kamera belakang 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP untuk makro serta bantuan bokeh.

Manakala bagi versi standard, tidak banyak beza. Ia masih mempunyai cip, memori dan storan yang sama. Cuma, skrinnya adalah 6.57 inci OLED FHD+ 120Hz, bateri 4300mAh dengan kelajuan cas 66W dan tetapan kamera sama.

Bagaimanapun, adakah siri Nova 9 akan masuk buat pasaran tempatan? Huawei Nova 8 pun mengambil masa yang terlalu lama sebelum tiba di Malaysia.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Apple Terus Mengungguli Pasaran Telefon Pintar Premium, Tinggalkan Samsung Dan Huawei
  • Hampir 100 Juta Peranti Menggunakan HarmonyOS 2
  • Huawei Mempatenkan Telefon Dengan Paparan Hampir Menyeluruh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY