Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HMD Bakal Lancar Produk 6 Oktober Ini, Mungkin Tablet Nokia

HMD Bakal Lancar Produk 6 Oktober Ini, Mungkin Tablet Nokia

Diterbitkan September 21, 2021 · Dikemas kini September 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Agak lama juga tidak dengar khabar daripada Nokia, kali terakhir adalah pelancaran peranti tahan lasak yang tidak perlukan ‘casing’ – Nokia XR20.

Kini, HMD Global sah menjadualkan acara yang bakal berlangsung pada 6 Oktober 2021. Tiada maklumat peranti apa yang akan diperkenalkan.

Namun, dipercayai ia adalah sebuah tablet yang mungkin dinamakan Nokia T20. Perkara ini dikuatkan lagi dengan gambar serta kapsyen yang dimuat naik di Twitter yang mana sebuah kotak agak besar di sebelah barisan telefon Nokia bersama ayat “our family keeps growing”.

Our family keeps growing.
Coming 6.10.21 pic.twitter.com/B55fUMWAOs

— HMD (@HMDdevices) September 20, 2021

Tablet itu dilaporkan hadir dengan paparan 10.36 inci, 4GB RAM, storan dalaman 64GB serta mempunyai model WiFi dan juga sokongan 4G. Harganya dikatakan bermula £185 (~RM1060). Jika benar, Nokia akhirnya menghidupkan kembali tablet mereka.

Tambahan lagi, Nokia G50 5G juga mungkin akan dilancarkan semasa hari tersebut. Dikhabarkan telefon ini dilengkapi Snapdragon 480 5G serta skrin sebesar 6.8 inci HD+ dan kamera utama 48MP.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan apa yang mahu diperlihatkan Nokia bulan hadapan.

Sumber: android authority

Baca juga:

  • Pernah Dituduh Sebagai Produk Curi, Android Kini Menjadi Pilihan Utama Pengguna Berbanding iOS
  • Huawei Menafikan Nokia Bakal Menggunakan HarmonyOS
  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY