Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga

Posted on September 21, 2021

November tahun lalu, Huawei rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada HONOR yang mana sub-jenama mereka ini sudah bergerak secara sendiri.

Perpisahan itu juga menjadikan HONOR kembali menerima GMS. Pun begitu, menurut The Washington Post, Amerika Syarikat mungkin akan lakukan sekatan terhadap HONOR juga.

Untuk berbuat demikian, mereka membuat undian yang melibatkan empat agensi keselamatan. Hasilnya Pentagon dan Energy Department bersetuju untuk masukkan HONOR dalam senarai seperti Huawei. Sementara Commerce Department dan State Department pula menentang.

Jika mereka tidak dapat membuat keputusan sama ada HONOR memberi ancaman terhadap Amerika Syarikat, perkara ini akan diusulkan kepada peringkat lebih tertinggi dimana Presiden Joe Biden yang akan memberi kata putus.

Bagaimanapun, HONOR sudah tiada hubungan lagi bersama Huawei dan mereka juga tidak mempunyai bahagian peralatan rangkaian 5G. Jadi, tidak ada sebab untuk menyekat mereka.

Mengimbas kembali, Huawei menerima sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat kerana dianggap sebagai ancaman keselamatan negara. Huawei juga merupakan pembangun serta pengeluar rangkaian telekomunikasi terbesar dunia. Sejak daripada itu, pasaran telefon pintar Huawei menjunam agak teruk.

Sumber: The Washington Post

Baca juga:

  • Spesifikasi Penuh Huawei Nova 9 Pro Didedahkan, Guna Snapdragon Dan 120Hz
  • Huawei Tidak Akan Mengaku Kalah Dalam Pasaran Telefon Pintar
  • HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
  • Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress