Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu

HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu

Diterbitkan Februari 18, 2025 · Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh ariff bukhari

HUAWEI hari ini melancarkan dua peranti boleh pakai baharu, HUAWEI Band 10 dan HUAWEI FreeArc, yang direka untuk meningkatkan pengalaman kesihatan, kecergasan, dan gaya hidup pengguna dengan reka bentuk ringan dan selesa untuk penggunaan sepanjang hari.

HUAWEI Band 10

HUAWEI Band 10 menawarkan ciri Pengurusan Kesihatan Tidur Dipertingkatkan (Enhanced Sleep Health Management) dan Pembantu Kesejahteraan Emosi (Emotional Wellbeing Assistant), yang memberikan info mendalam mengenai kualiti tidur dan tahap tekanan pengguna.

HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu

Dengan reka bentuk ultra-nipis seberat 15g serta tali yang selesa dan boleh ditukar, ia menawarkan gaya dan kemudahan.

Dari segi kecergasan, HUAWEI Band 10 dilengkapi penjejakan AI, pengenalan strok renang, dan sensor sembilan paksi untuk ketepatan data latihan. Dengan ketahanan air sehingga 50m, ia sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan.

HUAWEI Band 10

HUAWEI FreeArc

HUAWEI FreeArc pula menampilkan fon telinga terbuka dengan cangkuk telinga pertama Huawei, direka untuk keselesaan dan kestabilan maksimum.

Dengan pensijilan kalis air IP57, ia sesuai untuk aktiviti sukan dan penggunaan luar dalam pelbagai keadaan cuaca.

Menggunakan reka bentuk C-bridge, HUAWEI FreeArc menggabungkan teknologi kejuruteraan canggih dengan keselesaan pengguna.

HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu
Diperbuat daripada aloi memori nikel-titanium 0.7mm dan disalut dengan silikon lembut mesra kulit, fon telinga ini ringan dan fleksibel untuk pergerakan bebas dalam pelbagai aktiviti.

Dicipta berdasarkan analisis lebih daripada 10,000 bentuk telinga, ia menawarkan kesesuaian ergonomik yang selesa sepanjang hari.

Dilengkapi sistem mikrofon dwi-premium dan teknologi Triple Call Noise Cancellation, HUAWEI FreeArc memastikan panggilan jelas walaupun dalam persekitaran bising.

 

HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu

HUAWEI Band 10 dan HUAWEI FreeArc masing-masing berharga RM199 dan RM599 kini dibuka untuk prapesanan.

HUAWEI Melancarkan 2 Peranti Boleh Pakai Baharu

Pembeli yang membuat tempahan awal ke atas HUAWEI FreeArc dari sekarang hingga 24 Mac 2025 akan menikmati faedah  eksklusif bernilai RM327 termasuk HUAWEI Band 8, Waranti 1+1 Tahun, dan Penjagaan Kerugian 2 Tahun.

Beli HUAWEI Band 10 dan HUAWEI FreeArc dari stro rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmfgtb
  • Lazada – https://invol.co/clmfgtg

Berkaitan

  • Ini 5 Pengecas Berkuasa Tinggi Alternatif Untuk Telefon Android Dan iPhone
  • HUAWEI Mate XT Ultimate Design, Telefon Tri-Lipat Dijual Pada Harga RM14,999
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY