Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei MatePad Air

HUAWEI MatePad Air Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,499

Diterbitkan Ogos 18, 2026 · Dikemas kini Ogos 18, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei Malaysia hari ini memperkenalkan Huawei MatePad Air, tablet premium baharu yang hadir dengan reka bentuk ultra-nipis dan ringan untuk gaya hidup moden dan produktiviti.

Huawei MatePad Air 1
HUAWEI MatePad Air senipis 5.3mm dan berat hanya 509g sahaja.

MatePad Air dilengkapi dengan keupayaan setaraf PC, membolehkan pengguna menikmati pengalaman kerja yang lancar melalui fungsi pintar dan sistem operasi yang dioptimumkan.

Huawei turut menekankan integrasi ekosistemnya yang membolehkan sambungan mudah antara telefon, komputer riba dan tablet.

Huawei MatePad Air 2
HUAWEI MatePad Air dilengkapi paparan PaperMatte OLED Ultra-Jelas 2.8K 12 inci dengan kecerahan puncak sehingga 1,200 nits. Nisbah skrin-ke-badan pula 92%, dan bezel ultra sempit 4.69mm tanpa takuk.

Dengan harga RM3,999, pelanggan HUAWEI MatePad Air boleh menikmati faedah pelancaran bernilai sehingga RM4,503, termasuk rebat RM500,aksesori papan kekunci  HUAWEI Smart Magnetic, HUAWEI M-Pencil Pro dan Tetikus Tanpa Wayar HUAWEI.

Selain itu, anda turut menikmati akses ke atas aplikasi WPS AI dengan langganan WPS AI 1 tahun,  HUAWEI Note berkuasa AI dan Perkhidmatan Premium HUAWEI.

HUAWEI MatePad Air boleh dibeli melalui saluran dalam talian rasmi HUAWEI, termasuklah kedai rasmi HUAWEI di Shopee,  Lazada dan Kedai TikTok Rasmi HUAWEI.

HUAWEI MatePad Air

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Siri Huawei Pura 90s Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,699
  • Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY