Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

Diterbitkan Oktober 5, 2023 · Dikemas kini Oktober 5, 2023 oleh Amalina Athman

Lanjutan pengumuman naik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi secara percuma bagi pelanggan sedia ada, TM Unifi memaklumkan pengguna kini boleh melakukan semakan jika layak untuk penawaran itu.

Berkaitan

  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma

Untuk makluman, proses naik taraf kelajuan percuma ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Oktober 2023 hingga Januari 2024.

Cara semak kelayakan naik taraf percuma

Untuk membuat semakan kelayakan, log masuk portal Unifi Self Care atau lebih mudah menggunakan aplikasi MyUnifi di App Store atau Play Store.

TM unifi_1

 

Kemudian, pergi ke bahagian Account atau My Account. Di bahagian bil, klik “View Account” atau “View Service”. Tekan pada pakej langganan dan anda akan melihat jika layak untuk naik taraf kelajuan percuma.

Sekiranya layak, Unifi menyatakan perubahan nama dan perincian pakej baharu hanya akan terpapar pada bil Unifi berikutnya. Pengguna juga akan menerima notifikasi daripada Unifi sebelum dan selepas naik taraf.

TM unifi_2

Selain itu, kemas kini naik taraf kelajuan juga akan dihantar melalui e-mel, SMS, atau notifikasi di aplikasi MyUnifi.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai naik taraf percuma mengikut langganan semasa:

  • 30Mbps > 100Mbps
  • 100Mbps > 300Mbps
  • 300Mbps > 500Mbps
  • 500Mbps > 800Mbps
  • 800Mbps > 1Gbps

Bagaimanapun, perlu diketahui naik taraf kelajuan percuma tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur rangkaian dan teknologi di kawasan pengguna.

Bagi menikmati naik taraf kelajuan baharu, Unifi memaklumkan berkemungkinan terdapat beberapa pelanggan yang perlu menukar peralatan seperti penghala Wi-Fi 6 dan sebagainya.

Untuk tujuan itu (penukaran peralatan), pihak Unifi akan menghubungi pelanggan dan menjelaskan pengguna akan diberi pilihan untuk kemas kini kontrak 24-bulan atau bayaran sekali sahaja bagi harga peralatan yang ditukar.

Sumber: Unifi Speed Upgrade 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY