Huawei Malaysia Umum Harga Rasmi Bagi Siri Mate 20 & Jam Pintar

Huawei Malaysia sebentar tadi telah pun mengumumkan harga jualan bagi kesemua model di bawah siri Mate 20 serta jam pintar baharu mereka untuk pasaran Malaysia. Pengumuman itu turut dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka.

Kapsyen: Harga jualan rasmi Mate 20 & Mate 20 Pro (Kredit : Huawei Mobile MY)


Huawei Mate 20 ditawarkan pada harga RM 2,799 beserta hadiah percuma, pembesar suara Huawei SoundStone, manakala Mate 20 Pro pula dijual pada harga RM 3,599 yang disertakan dengan hadiah berbentuk dok pengecasan tanpa wayar.

Ia akan mula dipasarkan di pasaran Malaysia pada 27 Oktober ini.

Kapsyen: Harga jualan rasmi Mate 20 X (Kredit : Huawei Mobile MY)


Bagi peranti menfokuskan permainan video dan produktiviti, Mate 20X pula akan dipasarkan di pasaran tempatan pada harga RM 3,199 dan akan mula dijual pada 11 November nanti. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma berbentuk flip case serta stylus M-Pen.

Huawei Malaysia akan menawarkan Mate 20X ini dengan variasi warna biru serta perak.

Kapsyen: Harga jualan rasmi Watch GT & TalkBand B5 (Kredit : Huawei Mobile MY)


Selain telefon pintar, Huawei turut akan membawa masuk sebuah jam pintar(Watch GT) serta satu gelang tangan pintar(TalkBand B5) ke tanahair pada 27 Oktober ini. Harga yang ditawarkan ialah RM 999 bagi Watch GT dan RM 699 untuk TalkBand B5.

Melihat kepada harga yang ditawarkan, ramai yang agak terkejut memandangkan ia adalah jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan di pasaran Eropah. Namun, harus diingati bahawa harga peranti di setiap pasaran adalah berlainan disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah kadar cukai yang dikenakan.

 

Sumber : Huawei Mobile MY