Huawei Perkenal Huawei Mate 20X - Menyasarkan Kepada Pemain Mudah Alih Dan Mempunyai Sokongan Stylus

Khabar angin tentang kedatangan telefon pintar Huawei yang memfokuskan kepada permainan mudah alih akhirnya terjawab dengan pengenalan Huawei Mate 20X.

Tampil diperkenalkan dengan skrin "Ultra Large Display" 7.2  inci ia menggunakan skrin paparan OLED dengan resolusi 2244 x 1080.



Memperkasakan lagi model ini adalah cip pemprosesan terbaru Kirin 980, bateri sebesar 5000mAh dan menariknya lagi ia menyokong penggunaan stylus yang akan dijual secara berasingan.

Disebut sebagai peranti yang mampu memberikan prestasi terbaik pada permainan mudah alih, Mate 20X dilengkapi dengan kombinasi teknologi sistem penyejukan ruang wap dan Graphene Film bagi memastikan suhu komponen dalamannya terkawal.



Selain itu ia juga didatangkan dengan RAM 6GB ditemani bersama storan 128GB dan dwi speaker bagi sistem audio.



Huawei turut membangunkan sebuah gamepad khusus untuk digunakan pada Huawei Mate 20X. Apabila dipasang, ia kelihatan seperti Switch dan lengkap dengan butang dan kayu kawalan. Huawei Mate 20X diletakkan pada nilai €899 iaitu sekitar ~RM 4319 mengikut tukaran matawang asing semasa.