Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi

Diterbitkan Oktober 29, 2026 · Dikemas kini Oktober 29, 2026 oleh ariff bukhari

Seoul Semiconductor menerusi anak syarikatnya, Seoul Viosys, mengumumkan kejayaan membangunkan teknologi LED putih generasi baharu yang tidak lagi bergantung kepada unsur nadir bumi (rare earth) seperti yttrium aluminum garnet (YAG).

Teknologi yang dikenali sebagai WICOP 3 (Wafer Integrated Chip on PCB) itu kini telah memasuki fasa pengeluaran besar-besaran.

 

“Kami kini telah berjaya membangunkan WICOP 3, yang menghasilkan cahaya putih, dan telah memulakan pengeluaran besar-besaran.”

WICOP 3 merupakan opto-semikonduktor (peranti yang memancarkan cahaya) pertama di dunia yang menghasilkan cahaya putih dalam bentuk mikro LED bersaiz kurang daripada 100 µm.

Pada saiz tersebut, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
YAG adalah bahan yang selama ini digunakan secara meluas dalam pengeluaran LED putih. Rajah menunjukkan contoh Kristal Yttrium Aluminum Garnet (YAG).

Menurut syarikat itu, WICOP 3 mampu menghasilkan cahaya putih menggunakan struktur berasaskan gallium nitride (GaN) tanpa memerlukan fosfor nadir bumi, plastik atau resin silikon yang biasa digunakan dalam LED konvensional.

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
WICOP ialah teknologi yang melibatkan pemasangan cip secara terus pada substrat tanpa menggunakan wayar atau pakej. Kaedah ini tidak memerlukan langkah-langkah pembungkusan tradisional, sekali gus membolehkan reka bentuk seperti lampu yang lebih nipis.

Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah kritikal, malah membantu menjadikan proses pembuatan lebih mesra alam dan berkos rendah berbanding kos untuk menghasilkan LED putih konvensional.

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
Rekaan baharu LED dengan WICOP 3 putih (sumber: Seoul Semiconductor Co., Ltd.)

Salah satu kelebihan utama teknologi ini ialah keupayaannya menghasilkan cip mikro LED putih bersaiz serendah 10 mikrometer.

Versi awal yang dihasilkan berukuran 25 mikrometer × 10 mikrometer dengan kecekapan hampir 100 lumen per watt, dan syarikat itu menyasarkan peningkatan sehingga 200 lumen per watt dalam tempoh dua tahun akan datang.

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
Kecerahan WICOP 3 mengikut saiz (sumber: Seoul Semiconductor Co., Ltd.)

Selain pencahayaan, teknologi ini dijangka membuka peluang baharu dalam paparan realiti tambahan (AR), komunikasi optik berasaskan cahaya dan sistem kecerdasan buatan (AI).

Seoul Viosys turut mendakwa rangkaian cip mikro LED ini berpotensi menghantar data sehingga 10 kali lebih pantas dengan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding kaedah elektronik tradisional.

Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
Cip *flip* berbanding cip WICOP (sumber: Seoul Semiconductor Co., Ltd.)
Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi

Syarikat tersebut memaklumkan, pengeluaran besar-besaran WICOP 3 akan bermula pada suku keempat tahun ini.

Ia akan mendahulukan pembekalan kepada pelanggan-pelanggan yang menghormati harta inteleknya serta bergantung pada produk-produk keluarannya.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY