Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ytl fam

Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM

Diterbitkan Oktober 29, 2026 oleh Amsyar Latif

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Yes dan Ryt Bank sebagai rakan penaja rasmi (Title Partner) menerusi kerjasama bertemakan “Demi Bola Sepak Malaysia”.

Kerjasama yang dimeterai pada 29 Oktober 2026 itu bertujuan meningkatkan pengalaman penyokong, memperkukuh penglibatan komuniti serta menyokong pembangunan bakat bola sepak tempatan.

ytl fam

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Yes dan Ryt Bank bakal menikmati pelbagai tawaran berkaitan FAM, termasuk peluang mendapatkan tiket perlawanan dan barangan edisi terhad.

Bagaimanapun, butiran tawaran, syarat kelayakan serta tarikh ketersediaan akan diumumkan kemudian.

Bagi Yes, kerjasama ini akan memanfaatkan teknologi Yes 5G Advanced untuk menyokong penglibatan peminat dan pembangunan kandungan digital berkaitan bola sepak.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee turut mengetengahkan akses kepada ILMUchat menerusi Pelan Postpaid AI Yes sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan penggunaan teknologi AI dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ryt Bank akan memanfaatkan perkhidmatan perbankan digital dan Ryt AI bagi memudahkan urusan pembayaran serta pemindahan wang dalam aktiviti sosial berkaitan bola sepak, termasuk sesi futsal dan perjumpaan menonton perlawanan.

Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ketiga-tiga pihak turut merancang pelbagai inisiatif melibatkan pembangunan bola sepak belia, penyertaan komuniti, pengalaman hari perlawanan serta kandungan digital.

Menurut Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan, kerjasama tersebut diharap dapat mengukuhkan ekosistem bola sepak negara, selain membuka lebih banyak peluang kepada bakat baharu.

Maklumat lanjut mengenai program dan manfaat kepada penyokong akan diumumkan menerusi laman rasmi Yes.

Berkaitan

  • YTL AI Labs Bangunkan 1.35 Juta Persona Sintetik Bagi Memahami Demografi Malaysia
  • YTL AI Labs Lancar ILMUcode, UM Jadi Universiti Pertama Gunakannya Untuk Pelajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY