Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seiya Pro_Creative Photo_Diving+Blue_4-3_JPG_20250423

Siri Huawei Watch Fit 4 Di Malaysia, GPS 30% Lebih Tepat

Diterbitkan Mei 31, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh ariff bukhari

Siri terbaru HUAWEI WATCH FIT 4 menggabungkan gaya moden dan fungsi pintar serta ciri kesihatan kini rasmi dilancarkan di Malaysia.

Sesuai untuk gaya hidup aktif, bersenam, bekerja atau bersosial – WATCH FIT 4 dilengkapi ciri-ciri seperti pemantauan kadar jantung 24/7, Pembantu Kesejahteraan Emosi dan ketepatan GPS ditingkatkan sebanyak 30%.

Tersedia dalam model Pro, Sistem TruSense yang ditingkatkan oleh Huawei menawarkan bacaan ECG secara waktu nyata.

WATCH FIT 4 Pro_Advanced Health Management_16x9
Ciri tersedia di WATCH FIT 4 Pro.
WATCH FIT 4 Pro_TNG_16x9
WATCH FIT 4 Pro menyokong pembayaran kod QR TnG.

Hadir dalam dua versi, model HUAWEI WATCH FIT 4 Pro berharga RM999 dengan pilihan warna Hijau, Hitam, dan Biru.

Versi Standard pula berharga RM599 tersedia dalam pilihan warna Kelabu, Hitam, Ungu, dan Putih.

Untuk masa terhad, Huawei Malaysia menawarkan promosi untuk pembelian Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM156, termasuk HUAWEI Scale 3 dan langganan 3 bulan Health+.

FIT 4 Series- Available Now KV_MY

Beli Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmqe3i
  • Lazada – https://invl.me/clmqe3e

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • HUAWEI WATCH 5 Dengan Teknologi X-TAP Dilancarkan Pada Harga RM1,799
  • JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 - 8 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY