Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI WATCH 5

HUAWEI WATCH 5 Dengan Teknologi X-TAP Dilancarkan Pada Harga RM1,799

Diterbitkan Mei 22, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan awal di CES, Huawei  secara rasminya melancarkan HUAWEI WATCH 5, model terbaharu dalam siri jam tangan pintar mereka.

WATCH 5 hadir dalam dua saiz (42mm dan 46mm) dengan rekaan diinspirasikan dari garis Kármán, iaitu sempadan atmosfera bumi dan angkasa.

Ia diperbuat daripada bahan premium seperti keluli tahan karat 904L, keluli 316L, dan logam gred aeroangkasa, dengan pilihan warna Sand Gold, Beige, dan Purple.

Ia juga dilengkapi skrin sapphire dan tali berkualiti tinggi seperti titanium dan pilihan aksesiri tali yang lain.

Antara ciri utamanya adalah pemantauan SpO2 dari hujung jari yang merupakan pertama kali diperkenalkan dalam industri.

HUAWEI WATCH 51
Ciri utama WATCH 5 yang lain adalah teknologi HUAWEI X-TAP, yang menggabungkan sensor ECG, PPG dan sentuhan untuk pemantauan kesihatan yang lebih tepat.

WATCH 5 turut menyokong gestur kawalan pintar seperti Double Slide dan Double Tap untuk menjawab panggilan, muzik, dan kamera dengan mudah serta tersedia menyokong fungsi eSIM yang membolehkan sambungan tanpa telefon.

HUAWEI WATCH 5 ditawar dengan harga dari RM1,799, kini tersedia untuk pra-tempahan melalui HUAWEI Experience Stores, Laman Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Flagship HUAWEI di Lazada dan Kedai Rasmi TikTok Huawei.

20250514-174509(WeLinkPC) (1)

Pelanggan yang membayar deposit RM50 boleh menikmati potongan sehingga RM70 dan menerima sepasang FreeBuds 5 secara percuma, akses Health+ selama 3 bulan, dan hadiah eksklusif percuma bernilai sehingga RM746.

Beli HUAWEI WATCH 5 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmpwm6
  • Lazada – https://invl.me/clmpwmd

Berkaitan

  • HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY