Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASML litografi

ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000

Diterbitkan Disember 2, 2024 · Dikemas kini Disember 2, 2024 oleh ariff bukhari

Salah satu pengeluar peralatan pembuatan cip terkemuka di dunia telah mengeluarkan set Lego baharu.

ASML yang berpangkalan di Veldhoven, Belanda telah menambah set LEGO TWINSCAN EXE:5000 pada portfolio barisan produknya.

Pada harga $227.95 (~RM1,016), “karya agung dalam teknologi” ini boleh dianggap sebagai murah berbanding mesin sebenarnya di mana harga sistem litografi ASML ini menghampiri $400 juta (~RM1.7 bilion).

ASML litografi mesin
ASML litografi mesin 1

ASML dalam dunia pembuatan semikonduktor membekalkan mesin litografinya kepada beberapa syarikat terkemuka dunia untuk pengeluaran cip pemprosesan seperti Intel, TSMC dan Samsung.

Selepas sedekad penyelidikan dan pembangunannya, ASML telah menghantar modul pertama sistem litografi High NA EUV pertama kepada Intel pada Disember 2023 lalu.

TWINSCAN EXE:5000 mewakili satu langkah penting ke hadapan untuk pembuatan cip yang canggih.

ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000
EXE TWINSCAN: 5000, salah satu model mesin pembuatan cip keluaran ASML dalam keadaan terbuka dan siap dipasang.
ASML Keluarkan Set Lego Mesin Litografi TWINSCAN EXE:5000

ASML TWINSCAN EXE:5000 ialah salah satu alat litografi ultraviolet ekstrem (EUV) terkemuka yang tersedia pada tahun 2024.

TWINSCAN EXE:5000 boleh mencetak lebih daripada 185 wafer sejam, peningkatan berbanding sistem NXE yang telah digunakan dalam pembuatan volum tinggi.

ASML berkata, mereka akan meningkatkannya kepada 220 wafer sejam pada 2025. Produktiviti ini adalah kunci untuk memastikan penyepaduan NA Tinggi ke dalam fabrikasi cip berdaya maju dari segi ekonomi untuk pembuat cip.

ASML litografi mesin 2

Set Lego ASML TWINSCAN EXE:5000 mempunyai 851 blok Lego, Apabila siap dipasang ia akan menjadi model bersaiz13.86 x 3.9 x 2.52 inci.

Set “ikonik” ini bukanlah produk Lego ASML pertama atau satu-satunya yang dikeluarkan mereka. Firma itu sebelum ini pernah melancarkan set Lego ASML Skyline dan Lego TWINSCAN NXE:3400C.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?
  • Meta Rancang Kabel Internet Dasar Laut Global Bernilai $10 Bilion

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY