Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei EU_2

Huawei Dakwa Tindakan EU Tidak Adil Dan Menyalahi Undang-Undang

Diterbitkan Jun 9, 2023 · Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh Amalina Athman

Huawei membantah kemungkinan larangan mandatori oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi kelengkapan 5G-nya, dengan mengatakan adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang untuk mempolitikkan penilaian teknologi.

Berkaitan

  • EU Pertimbang Untuk Haramkan Penggunaan Kelengkapan 5G Huawei

Menurut Huawei, pelan EU yang dilaporkan “bukan untuk kepentingan mana-mana pihak” itu sangat menentang penilaian keselamatan siber, yang menurut syarikat itu melanggar prinsip dan undang-undang EU serta negara anggotanya.

Wakilnya berkata pengecualian berdasarkan pertimbangan bukan teknikal juga menimbulkan risiko ekonomi dan sosial yang serius. Ia akan menghalang inovasi dan merencatkan pasaran EU, dan seterusnya meningkatkan kos perkhidmatan digital untuk pengguna.

Terdahulu, Financial Times melaporkan bahawa EU sedang mempertimbang untuk mengenakan larangan mandatori ke atas ahlinya bagi penggunaan kelengkapan daripada syarikat yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan dalam rangkaian 5G, termasuk Huawei.

Sementara itu, menurut kajian oleh perunding telekomunikasi yang berpangkalan di Copenhagen Strand Consult, vendor China telah membekalkan lebih daripada 50% kelengkapan 5G di 31 negara Eropah sehingga akhir 2022.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY