Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
petal maps

Huawei Memperkenalkan Petal Maps – Aplikasi Seumpama Google Maps

Diterbitkan Oktober 23, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung semalam, Huawei turut mengumumkan Petal Maps, iaitu aplikasi peta yang dibangunkan oleh syarikat itu sendiri. Ia merupakan sebahagian dari ekosistem Petal yang lebih luas, di mana ia juga termasuk Petal Search yang berfungsi sebagai alternatif Google.

Petal Maps

Petal Maps akan tersedia dalam versi beta di Huawei App Gallery bagi peranti yang menjalankan Huawei Mobile Services. Ia dijangka akan menyokong lebih 140 negara dengan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Mandarin dan sebagainya.

Peta ini juga mempunyai sokongan navigasi 2D dan 3D, pejalan kaki serta info masa-nyata bagi kenderaan awam. Pengguna juga boleh membuat carian lokasi, restoran atau mana-mana tempat menarik secara terus dari aplikasi dan menyimpannya sebagai favorites.

Huawei menyatakan semua data carian dan navigasi disulitkan dari hujung ke hujung (end-to-end encrypted).

Sumber: Petal Maps via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY