Berdasarkan laporan tersebut, Qualcomm akan dapat memenuhi permintaan Huawei hanya jika jenama Honor dilepaskan. Ini kerana, Qualcomm tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk menambah syarikat telefon pintar kedua terbesar itu dalam portfolionya.
Akan tetapi, dengan Honor yang dilaporkan akan dijual kepada Digital Chat pada harga 100 bilion yuan, landskap ini mungkin sedikit berubah.
Terdahulu, syarikat seperti Intel, AMD, Samsung Display, Sony dan lain-lain adalah antara yang telah menerima lesen untuk meneruskan urus niaga bersama Huawei.
Qualcomm sebelum ini turut mengesahkan mereka telah menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen bagi membekalkan cip kepada Huawei. Bagaimanapun, sehingga kini tiada dokumen atau pengesahan rasmi dari Qualcomm berhubung perolehan lesen ini.
Sumber: Seekdevice, GSM Arena
Berkaitan
- Huawei Dijangka Perkenal Ciri Seakan 'Dynamic Island' Untuk Siri Mate 60
- Huawei MatePad 10.4 Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Time Bakal Tawar Pakej Gig Speed Home, Dilengkapi Teknologi FTTR Huawei
- Qualcomm Mungkin Perkenal Cip Pemproses Snapdragon 860
- CEO Qualcomm Sahkan Siri Galaxy S24 Akan Guna Dua Cip Berbeza
- Huawei Nafi Qualcomm Akan Bekalkan Cip 5G
- Syarikat Telco Di UK Diharamkan Memasang Kelengkapan 5G Dari Huawei Bermula September 2021
- Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite - 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs
- HUAWEI Tawar Jualan Serendah RM88 Sempena Ulangtahun Lazada
- Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm