Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wiko 5G_6

Rasmi Dilancarkan, Wiko 5G Adalah Huawei nova 9 SE Yang Dijenama Semula

Diterbitkan Disember 28, 2022 · Dikemas kini Disember 28, 2022 oleh Amalina Athman

Jenama dari Perancis, Wiko kini melancarkan Wiko 5G sebagai penjenamaan semula Huawei nova 9 SE dengan sokongan 5G, untuk pasaran China.

Berkaitan

  • (Ulasan) Huawei nova 9 SE- Kamera Cantik Kena Dengan Harga Tapi Ada Yang Kurang
  • HUAWEI nova 9 SE Dilancarkan Pada Harga RM1099, Fokus Fungsi Fotografi

Menyentuh spesifikasi, Wiko 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.78-inci LCD bersama resolusi FHD+ serta 120Hz kadar segar semula dengan input sentuhan 270Hz. Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 695, dengan sokongan 5G bersama gandingan 8GB RAM serta pilihan storan 128GB dan 256GB.

Wiko 5G_3

Beralih ke bahagian kamera, Wiko 5G dimuatkan dengan 108MP kamera utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto 16MP pula ditempatkan pada paparan berlubang.

Rasmi Dilancarkan, Wiko 5G Adalah Huawei nova 9 SE Yang Dijenama Semula

Peranti ini didatangkan dengan kapasiti bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan 66W. Antara lainnya, ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Silver dan Black, serta menjalankan sistem operasi Huawei HarmonyOS.

Wiko 5G_1
Wiko 5G_2

Wiko 5G tersedia dengan dua varian iaitu 128GB dan 256GB storan dengan masing-masing berharga CNY 1,999 (~RM1,271) dan CNY 2,199 (~RM1,399).

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY