Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Manusia Pertama Berjaya Terima Implan Cip Neuralink

Manusia Pertama Berjaya Terima Implan Cip Neuralink

Diterbitkan Januari 30, 2024 ยท Dikemas kini Januari 30, 2024 oleh Amalina Athman

Elon Musk kini berkata bahawa manusia pertama telah menerima implan otak daripada syarikat pemula miliknya, Neuralink Corp.

Berkaitan

  • Elon - Neuralink Akan Mula Ujian Klinikal Manusia Dalam 6 Bulan Lagi
  • Neuralink Dapat Dana Lagi Sebelum Ujian Ke Atas Manusia Dijalankan

Dalam catatan di platform X, Musk menyatakan bahawa manusia pertama yang menerima implan daripada Neuralink telah pulih dengan baik.

The first human received an implant from @Neuralink yesterday and is recovering well.

Initial results show promising neuron spike detection.

— Elon Musk (@elonmusk) January 29, 2024

Jelasnya, produk pertama Neuralink itu dinamakan sebagai “Telepathy” – membolehkan individu berkaitan mengawal telefon, komputer atau mana-mana peranti hanya dengan berfikir.

Enables control of your phone or computer, and through them almost any device, just by thinking.

Initial users will be those who have lost the use of their limbs.

Imagine if Stephen Hawking could communicate faster than a speed typist or auctioneer. That is the goal.

— Elon Musk (@elonmusk) January 30, 2024

Seperti dinyatakan dalam laman web Neuralink, implan otak itu bertujuan untuk membantu individu yang mengalami kecedaraan saraf mempunyai keupayaan mengendalikan komputer atau telefon dengan menggunakan pemikiran mereka.

Pada Mei tahun lalu, syarikat itu berkata Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat telah memberikan kebenaran untuk menjalankan ujian implan pada manusia. Sementara akhir tahun lepas Neuralink berkata ia sedang merekrut pesakit dengan quadriplegia akibat kecederaan saraf atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

Berbalik kepada konteks, Musk ketika ini tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai prosedur yang dilakukan untuk ujian tersebut.

Sumber: Reuters

Gambar utama: RTE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY