Siri Huawei P40 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Di Paris Pada 26 Mac

Dalam acara pelancaran Mate XS yang berlangsung semalam, Richard Yu turut mengumumkan siri peranti flagship Huawei iaitu P40 dan P40 Pro bakal diperkenal secara rasmi di Paris pada 26 Mac ini.

Siri Huawei P40 akan menjalankan sistem operasi Android 10 dan EMUI 10. Kedua-dua peranti ini dijangka akan mempunyai paparan OLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Selain itu, P40 dilaporkan mempunyai tiga kamera, manakala P40 Pro dijangka bakal hadir dengan lima kamera belakang dengan kamera utama 64MP, 20MP ultra lebar, 12MP telefoto dan sensor ToF.

Siri Huawei P40

Berdasarkan imej yang tertiris, ia menunjukkan P40 Pro dengan 5 lensa, skrin hadapan dengan rekaan paparan berlubang bagi memuatkan dwi kamera selfie, tiada sokogan bicu audio, port USB-C serta panel depan dan belakang yang kelihatan melengkung pada bahagian sisi.

Tidak seperti siri P sebelum ini, P40 dan P40 Pro bakal dilancarkan tanpa sokongan Google Mobile Services (GMS). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri Huawei P40, nantikan pelancaran pada 26 Mac ini.

Sumber: Android Central